,
Laman Utama

Besar Dugaan, Salute Ketabahan Ibu Hamil Ini, “Suami Operation Dua-Dua Lutut, Urus Anak, Alahan Elergi Yang Hebat”

Mya Amri
23/10/2020
05:20 MYT
Kehidupan berumahtangga sememangnya penuh dengan dugaan begitu jugalah yang dilalui oleh pengasas Rina Salleh Clothing, Rina Salleh.
Sebagai seorang isteri, Rina memikul tanggungjawab sebagai ‘ketua keluarga’ buat sementara waktu selepas suaminya menjalani pembedahan di kedua-dua bahagian lututnya.
Ketabahan dan sikap sabar Rina itu menarik perhatian pengikutnya lebih-lebih lagi apabila dirinya juga sedang hamil.
“Dah lebih sebulan suami operation dua-dua lutut. Alhamdulillah sekarang semakin baik namun masih dalam rawatan fisio sepenuhnya.
“Cepat sangat semuanya sampai tak sempat nak fikir macam mana lepas ni. Kak Rina ambil alih tugas-tugas suami sementara suami dalam proses rawatan.
“Jadual memang penuh setiap hari dari pagi sampai ke malam. Urus anak-anak sekolah, urusan rumah, masak, kemas, grocery shopping, sesekali suami ikut juga di kereta nak ambil angin luar.
“Dengan urusan @rinasallehclothing lagi. Lepas tu bersambung PKPB pula di Selangor ni. Urusan lain memang Kak Rina pause kejap. InsyaAllah lepas ni kita usahakan,” coretnya menerusi posting terbaharu di Instagram.

Dah lebih sebulan suami operation dua-dua lutut. AlhamdulILLAH Thumma AlhamdulILLAH sekarang semakin baik namun masih dalam rawatan fisio sepenuhnya. . Cepat sangat semuanya sampai tak sempat nak fikir macam mana lepas ni. Kak Rina ambil alih tugas-tugas suami sementara suami dalam proses rawatan. Jadual memang penuh setiap hari dari pagi sampai ke malam. Urus anak-anak sekolah, urusan rumah, masak, kemas, grocery shopping, sesekali suami ikut juga di kereta nak ambil angin luar. Dengan urusan @rinasallehclothing lagi. Lepas tu bersambung PKPB pula di Selangor ni. Urusan lain memang Kak Rina pause kejap. InshaALLAH lepas ni kita usahakan. . Penat? Rasa macam tak percaya dapat buat semua ni. Sampai terlupa kadang yang diri sendiri tengah pregnant. Cabaran pregnant kali ni lain pula. Alahan alergi yang SubhanALLAH hebat. . AlhamdulILLAH banyak ALLAH mudahkan. ALLAH bagi peluang Kak Rina nak khidmat untuk suami dan keluarga. Walau tak sempurna namun tanggungjawab yang lopong-lopong sebelum ni dapat juga topup dengan sediakan keperluan dan teman suami. . Ps: masa di hospital dapat khabar gembira YM ABUYA ABU ASWAD IBNU ZAKARIA ALKUBRA buat kejutan. Tiba-tiba bagitau nak datang. MasyaALLAH dari Kelantan datang untuk ziarah, bagi nasihat dan kata semangat. Tersenyum lebar @afiqiskandar1 sampai hari ni. Berkat doa seorang guru, insiden ni dapat kami ambil kekuatan dan hikmah luar biasa darinya♥️

A post shared by Rina Salleh (@rinasalleh) on

Bagaimanapun Rina menganggap dugaan yang diberikan kepadanya itu mempunyai hikmah tersendiri.
“Penat? Rasa macam tak percaya dapat buat semua ni. Sampai terlupa kadang yang diri sendiri tengah pregnant. Cabaran pregnant kali ni lain pula. Alahan alergi yang SubhanALLAH hebat.
“Alhamdulillah banyak Allah mudahkan. Allah bagi peluang Kak Rina nak khidmat untuk suami dan keluarga.
“Walau tak sempurna namun tanggungjawab yang lopong-lopong sebelum ni dapat juga topup dengan sediakan keperluan dan teman suami,” kongsinya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan cara Rina mengendalikan situasi berkenaan selain mendoakan kesembuhan buat suaminya.
“Moga Allah permudahkan segala urusan rawatan Is agar kembali sembuh seperti sediakala,” doa @razali8778.
“Allahuakbar, Subhanallah. Maira doakan Allah sentiasa beri kekuatan dan tambahkan kekuatan buat kak Rina dan keluarga. Semoga Allah mudahkan segala urusan kak Rina, suami anak-anak,” tulis @nurulnabilahumaira.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Hiburan

Jefri Nichol Gemar Sleep Call Teman Wanita Sebelum Tidur - “Lebih Tenang Tidur Kalau…”

gempak
23/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia gemar untuk ‘sleep call’ atau menghubungi pasangannya setiap kali sebelum tidur.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Unitar