,
Laman Utama

“Bertudung Biarlah Dengan Ilmu Supaya Tak Buka Lagi” - Netizen Prihatin, Mahu Emma Maembong Tutup Aurat

Izwan Isa
03/02/2022
08:50 MYT
Ramai yang mengambil peluang bercuti panjang saat sebilangan masyarakat Tionghua menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina.
Ada yang pulang ke kampung dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara.
Golongan artis juga tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian, termasuk pelakon popular, Emma Maembong.
Jika dilihat pada kemaskini Instagramnya, dramatis itu kelihatan gembira berkongsi pengembaraannya di luar negara yang bermula di Dubai dan seterusnya Switzerland.
Ramai yang memuji kecantikan Emma selain mengucapkan selamat bercuti kepada dia dan keluarga.
“Cantiknya.. Emma snap picture pakai apa? On point betul gambar. Cantik,” tulis seorang pengikutnya
“Seronoknya. Semua pergi main snow… mengenang plan ke tempat lain… takpelah lain kali insya-Allah,” respons seorang pengguna media sosial pula.
Namun, terdapat juga segelintir yang mengkritik penampilan Emma terutama apabila dia memuat naik gambar berlokasikan padang pasir di Dubai.
“Kenapa Emma tak pakai tudung macam dulu lagi,” tanya seorang wargamaya di ruangan komen.
Namun, ada juga yang berdoa dan berharap agar Emma kembali menutup aurat seperti dahulu.
“Harap lepas ni bila Emma bertudung biarlah dengan ilmu supaya tak buka lagi. Sayang… Emma cantik sangat untuk ditayang… Moga berusaha mencari ilmu agar Allah hadiahkan hidayah,” respons seorang peminatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Dubai Lancar Teksi Udara Menjelang 2026

gempak
19/09/2024
06:55 MYT
Dubai dijangka memperkenalkan perkhidmatan 'teksi udara' menjelang suku pertama 2026, menurut pengarah teknologi pengangkutan di Dubai Roads and Transport Authority (RTA), Khaled Al Awadhi.
Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
17/09/2024
03:20 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.
Hiburan

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

gempak
07/09/2024
01:25 MYT
Pelakon Emma Maembong mendakwa dia pernah disantau oleh salah seorang ahli kelab peminatnya melalui gambar yang dimuat naik di sosial media.
Hiburan

Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?

gempak
01/09/2024
07:03 MYT
Belum pun reda kisah bersalah rogol wanita, timbul pula satu lagi pendedahan mengejutkan di media sosial membabitkan pendakwah Da’i Syed.
Hiburan

Didakwa Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan; “Saya Ada Teman Lelaki… Shut Your Mouth!”

gempak
30/07/2024
10:25 MYT
Pempengaruh media sosial Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan tampil memberi respons terhadap dakwaan dia bercuti di pusat peranginan Bali bersama aktor, Meerqeen.