,
Gaya Hidup

Bertempur Bak Wira! Fight For Fitness Tawar Kelas Seni Mempertahankan Diri... Muay Thai, Tinju, Capoeira Semua Ada!

Amri Hassan
29/02/2024
13:50 MYT
Semakin ramai yang cakna dengan kelas seni tempur diri dewasa kini, sama ada untuk tujuan asasnya iaitu mempertahankan diri mahupun tujuan kecergasan.

BERITA TRENDING: Thailand Perkenal Visa Muay Thai, Tarik Pelancong Datang Belajar Seni Pertahankan Diri

Terbaharu, pusat latihan khas seni mempertahankan diri, Fight For Fitness dibuka untuk peminat sukan tempur.
Kata pengasas Fight For Fitness, Zy Rain @ Rainz, semuanya bermula dengan kelas yang dibuka dalam kawasan rumahnya sejak beberapa tahun lalu.
"Menyedari bahawa seni mempertahankan diri sukan tempur yang semakin mendapat sambutan, akhirnya saya membuat keputusan untuk membuka sebuah pusat latihan yang lebih luas dan selesa.
"Di Fight For Fitness ini, kami menawarkan beberapa kelas untuk orang ramai seperti Muay Thai, Jiu Jitsu, Tinju dan seni pertahanan popular dari Brazil iaitu Capoeira,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Hebat! Masuk Kejohanan Senyap-Senyap, Netizen Terkejut Tom Hardy Menang Emas Dalam Seni Mempertahankan Diri…

Terletak di Blossom Square, Bandar Rimbayu, Zy Rain berkata lokasi berkenaan dipilih memandangkan tiada pusat latihan sebegitu yang lain dibuka di kawasan tersebut.
Ujarnya, selain Taekwando, setakat ini belum ada kelas seni mempertahankan diri lain yang dibuka seperti ditawarkan Fight For Fitness.
Dalam pada itu, Zy Rain yang sebelum ini aktif dalam sukan Taekwando dan Muay Thai memaklumkan setiap tenaga pengajar di Fight For Fitness mempunyai kelayakan masing-masing untuk mengajar.
“Kami menyediakan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran, malah mempunyai sijil yang diiktiraf dan bertauliah untuk mengajar.
“Selain kelas seni mempertahankan diri, turut disertakan program kesihatan dan kecergasan bertujuan menyediakan sukatan pelajaran latihan yang komprehensif,” ujarnya.
Menurutnya lagi, Fight For Fitness mengalu-alukan penyertaan buat mereka yang ingin belajar seawal kanak-kanak berusia lima tahun sehinggalah individu dewasa.

PILIHAN PEMBACA: Ini Pesan Jurulatih Taekwondo Kepada Ibu Bapa yang Selalu Paksa Anak ke Tuisyen — Jangan Kecam, BACA INI!

Jelasnya, setiap pelajar yang baru menyertai akan diajar dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat profesional untuk mendalami ilmu seni mempertahankan diri.
Fight For Fitness memberikan yang terbaik untuk pelajar dengan menawarkan khidmat berikut:  Jurulatih Berpengalaman & Bertauliah  Pengedar peralatan Seni Mempertahankan Diri Thailand (Mongkol)  Sukatan pelajaran latihan yang komprehensif dengan kad laporan  Penggredan suku tahunan untuk semua pelajar  Pusat Pensijilan Muay Thai  Perlawanan Amatur Suku Tahun  Bootcamp ke Pusat Muay Thai Profesional di Thailand  Perkhemahan Musim Panas/Percutian untuk belia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Gaya Hidup

Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!

gempak
05/09/2024
10:21 MYT
Peninju Muay Thai popular tempatan, Johan Ghazali mencuri tumpuan apabila menggayakan sepersalinan baju Melayu pada sesi temubual sebelum acara ONE 168 yang dijadualkan berlangsung esok.
Drama

Astro Tampilkan Drama Adaptasi Jepun Pertama Drama Turun Ke Hati & Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

gempak
13/08/2024
12:55 MYT
Dua drama adaptasi yang memenangi anugerah paparkan perjuangan orang dengan penglihatan yang terhad dan kesan buruk buli siber, bersiaran bermula Ogos ini di Astro Ria.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Menang Emas, Imane Khelif Tegaskan Dirinya Wanita Tulen!

gempak
10/08/2024
06:25 MYT
Peninju Algeria yang menjadi kontroversi berhubung jantinanya, Imane Khelif, mengambil peluang selepas memungut pingat emas tinju bawah 66 kg wanita Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi tadi.