,
Laman Utama

Bersorak-Sorai Tak Pakai Mask & Langgar SOP! Lebih 20,000 Hadir Ke Super Bowl 2021

Asraf Aided
09/02/2021
06:25 MYT
Acara Super Bowl tahun ini mengundang kecaman ramai kerana ribuan penonton yang hadir membanjiri Raymond James Stadium tidak memakai pelitup muka dengan betul dan tidak mematuhi penjarakan sosial.
Memetik laporan Daily Mail, peraturan mencegah wabak COVID-19 telahpun ditetapkan lebih awal seperti mengurangkan kapasiti penonton dan meminta semua yang hadir untuk memakai pelitup muka.
Namun, setelah acara bermula, semua peraturan itu tidak diendahkan oleh kebanyakan penonton.
Berdasarkan foto yang diambil ketika acara itu, ramai penonton bersorak gembira tanpa memakai mask dan juga yang hanya menyangkutnya di leher. Pada masa yang sama, ramai juga yang berdiri dalam jarak dekat tanpa penjarakan sosial.
Pihak CBS Sports pula tampil mengatakan jumlah penonton mungkin kelihatan lebih penuh kerana diselang dengan 30,000 potongan kadbod berbentuk manusia.
Mereka juga menekankan, seramai 7,500 daripada 25,000 penonton yang hadir itu merupakan kakitangan kesihatan yang telah divaksin. Mereka telah diundang ke acara bola sepak itu secara percuma sebagai tanda terima kasih atas jasa berkhidmat ketika pandemik ini.
Walaubagaimanapun, kenyataan itu tidak menghentikan protes rakyat Amerika yang menganggap acara itu akan menjadi penyumbang besar penularan wabak COVID-19.
Sumber : Daily Mail Kredit Foto : Getty Images
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gaya hidup

Berakhir Sudah 2021. Singkat, Padat dan Berat. Terima Kasih Untuk Segala Kenangan, Pengalaman Meniti Kehidupan.

gempak
31/12/2021
00:18 MYT
Walaupun pahit, perit tetaplah berlapang dada terima setiap ketentuan-Nya. Pasti ada hikmah tersembunyi disebaliknya.
Laman Utama

#GempakTop2021: Neelofa, Uqasha Senrose & Remy Ishak Antara Selebriti Yang Menamatkan Zaman Solo! Jom Semak Senarai Mempelai 2021

gempak
30/12/2021
15:15 MYT
Apa yang penting, menghalalkan sesuatu hubungan itu sangatlah dituntut dalam Islam.
Laman Utama

Komposer Kontroversi Namewee, Zynakal Antara Yang Merangkul Anugerah MACP Tahun Ini!

gempak
28/12/2021
11:34 MYT
Komposer kontroversi Namewee melakar kejayaan apabila berjaya merangkul anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat pertama kalinya dalam Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika Kuala Lumpur pada Selasa.
Maharaja Lawak Mega 2021

“Bukan Sebab Saya JBorn Tak Sertai MLM 2021…” – Vicha Tak Sabar Beraksi Bersama Puteh

gempak
08/10/2021
03:59 MYT
Vicha bukan penyebab ya! Jangan dengar berita tak pasti...
Maharaja Lawak Mega 2021

Kumpulan Zero: “Kami Tak Bergaduhlah, Kalau ‘Bergaduh’ Pun Mungkin Di Pentas MLM 2021 Nanti!”

gempak
07/10/2021
09:51 MYT
Apa salahnya, bertukar angin...