,
Viral

Bersilat Di Masjid Nabawi, Sekumpulan Individu Dikecam Netizen - “Jenis Nak Perhatian Ke Ni?"

Gempak
25/01/2024
07:25 MYT
Baru-baru ini kecoh berkaitan satu video tular memaparkan beberapa individu melakukan tari silat di Masjid Nabawi.
Menerusi entri berdurasi 30 saat yang dimuat naik semula di Platform X, perkongsian itu mendapat kritikan seorang individu yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang tidak beradab.

BERITA TRENDING: Netizen Selar Tindakan Lelaki Bergasak Di Majlis Kahwin, Minta Jaga Adab - "Dah Tua Perangai Macam ..."

“Untuk apa bersilat di situ? Nak tunjuk kita ni Melayu ke?
“Ziarah ke Masjid Nabawi ada adab dan tertibnya. Jasad Nabi yang mulia di situ. Di sisi kubur keluarga kita pun kita tak bersilat tiba-tiba,” getus individu berkenaan.
Datang jauh ke Madinah, tiba-tiba tunjuk tari silat di perkarangan Masjid Nabawi.
Saya masih ingat awal-awal saya saya sampai Madinah, 2019. Ada orang lokal yang agak skeptikal dengan orang Malaysia, saya pelik juga. Biasanya kita dipandang dengan pandangan yang baik.… pic.twitter.com/l26dQS4DNf— Muneeb (@MuneebMy_) January 24, 2024 Kritikan itu meraih perhatian ramai netizen di mana rata-ratanya bersetuju dengan apa yang disampaikan.
Antara komen yang diterima:
“Penggila konten biasanya memiliki nilai adab senipis kulit bawang. ‘Langgar’ dulu yang biasa diamalkan, kalau kena kecam baru minta maaf,”
“Jenis nak perhatian ke ni? Nak semua orang tahu dia terpaling silat ke?”
“Orang datang Masjid Nabawi nak ibadah, bukan buat pelik-pelik.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih satu juta tontonan dan hampir 3,000 tanda suka di Platform X.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.