,
Viral

Bersilat Di Masjid Nabawi, Pengerusi Eksekutif Andalusia Berpendapat Ia Tidak Sesuai Dengan Adab Sopan Orang Malaysia

Gempak
26/01/2024
14:55 MYT
Tindakan tiga sekeluarga berbaju Melayu dan bertanjak membuat pertunjukan silat di Masjid Nabawi, Madinah dianggap janggal dan hanya memberikan imej buruk kepada jemaah Malaysia lain.
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, jemaah umrah di Arab Saudi tertakluk dengan undang-undang dan peraturan ditetapkan negara berkenaan.

BERITA TRENDING: Bersilat Di Masjid Nabawi, Sekumpulan Individu Dikecam Netizen - “Jenis Nak Perhatian Ke Ni?"

Menurutnya, perbuatan sedemikian hanya mengundang kritikan ramai dan boleh memberikan persepsi negatif terhadap jemaah dari negara ini.“Perkara itu tidak sesuai dengan adab sopan orang Malaysia yang kita pelihara selama ini. Kita kena hormat undang-undang dan budaya di negara lain.
“Contohnya, kalau kita berada di Makkah atau Madinah, biasanya lelaki memakai ‘thobe’ dan perempuan abaya kerana menghormati mereka walaupun ia bukan budaya kita. Jadi, kalau ke sana berpakaian tanjak dan tunjuk silat, menunjukkan kita terlalu hipokrit dan tidak menilai peradaban dunia.

BERITA TRENDING: “Mentang-Mentang Kuat, Sampai Lunyai Kau Pukul” - Salah Guna Ilmu Silat? Tindakan Lelaki Ini Dikecam Teruk!

“Saya 45 tahun berulang alik ke Makkah dan Madinah, jarang berlaku perkara seperti ini. Arab Saudi ada undang-undang yang ketat malah pemakaian baju, mafla atau mengibarkan bendera Palestin juga tidak dibenarkan. Kita harus hormat dan akur, bukannya buat sesuka hati,” katanya kepada Sinar Harian. Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki dan dua kanak-kanak berpakaian Melayu dan bertanjak bersilat di pekarangan Masjid Nabawi, Madinah.
Bagaimanapun, tindakan tiga sekeluarga itu dikecam banyak pihak kerana dianggap tidak bersesuaian dan seolah-olah tidak menghormati rumah ibadat bagi umat Islam itu.
Md Daud yang berpengalaman menguruskan haji dan umrah bagi rakyat negara ini menjelaskan, kebiasaannya jemaah dari Malaysia diingatkan untuk sentiasa mengikuti peraturan di Arab Saudi agar tidak timbul masalah di kemudian hari.
“Daripada aspek berpakaian, jika berpakaian kain sarung atau baju Melayu, ia masih boleh diterima dan tiada masalah. Bertanjak dan bersilat di tempat suci untuk mendapat pujian bukanlah cara yang sesuai.

BERITA TRENDING: Hampir Buka Silat Mat Kilau, Siti Nurhaliza Kongsi Detik ‘Cemas’ Nak Bergambar Selfie Dengan Lee Minho

“Tapi kalau di Malaysia, kita jemput orang luar datang majlis kahwin dan tunjuk pertunjukan silat, itu sangat dibanggakan. Itu caranya dan tempat yang lebih sesuai,” ujar beliau. Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Belajar Silat Dengan Atlet Kebangsaan, Siap Panjat Tali & Berguling Depan Juri

gempak
29/08/2024
10:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Pelakon Hollywood Nak Belajar Silat Dengan Fad Anuar - "Saya Tak Sangka Dia Follow IG Saya"

gempak
23/08/2024
02:55 MYT
Pelakon, Fad Anuar berkongsi dilamar pelakon Bad Boys 2, Dennis McDonald untuk mengajar seni persilatan bagi projek filemnya akan datang.
Terkini

Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup

gempak
01/05/2024
12:25 MYT
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
Sukan

Ditendang Pihak Lawan, Atlet Silat Sukma Terengganu Meninggal Dunia

gempak
03/03/2024
06:14 MYT
Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height Seremban, Negeri Sembilan petang semalam.
Viral

Bersilat Di Masjid Nabawi, Sekumpulan Individu Dikecam Netizen - “Jenis Nak Perhatian Ke Ni?"

gempak
25/01/2024
07:25 MYT
Bersilatlah di tempat yang lebih sesuai