,
Laman Utama

Bersedia Dikritik, Fasha Sandha Seronok Bawa Watak Sugar Mummy; “Ada Babak Daring, Tapi Saya Pentingkan Pengajaran”

Asyikin Mayudin
15/09/2022
04:55 MYT
Pertama kali memegang watak sebagai isteri curang dan ‘sugar mummy’ dalam drama Rampas Cintaku, pelakon Fasha Sandha sudah bersiap sedia dengan kritikan netizen.
Menyedari kewujudan jabatan netizen malaysia (JNM), Fasha berkata dia lebih memandang sisi berbeza karekternya itu dan pengajaran dalam cerita tersebut.
“Saya memandang dari sudut positif, masa dapat skrip ini macam wow, karekter baru. Walaupun ada babak daring tapi saya lebih pentingkan pengajaran dalam cerita.
“Kita kena tengok sisi berbeza. Saya tahu JNM akan jalankan tugas mereka. Tetapi saya tak kisah, sebab saya hanya bertugas dan menjayakan karekter itu atas permintaan naskha.
“Selain untuk menampakkan lakonan saya real, tak nampak macam tipu. Sebab memang wujud kisah macam dalam drama ini,” kata Fasha kepada Gempak.
Fasha ditemui ketika sidang media dan tayangan drama Rampas Cintaku selama 60 minit di DADI Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi lagi mengenai wataknya, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini memberitahu dia banyak bertanya kepada pengarah memandangkan tidak ada pengalaman sebagai ‘sugar mummy’.
“Sejujurnya, saya tak pernah ada pengalaman dan tidak dikelilingi orang-orang yang mempunyai anak ikan. Memang saya blur nak buat research fasal watak saya ini.
“Saya banyak berbincang dengan pengarah macam mana nak tunjuk saya ini seorang Datin yang berumur 40an. Saya gementar kalau watak saya itu tak sampai.
“Walaupun shooting dengan suami sendiri pun jadi gementar,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.