,
Laman Utama

“Bersederhana Dalam Menghukum, Vaksin Itu Ikhtiar” – PU Amin Tunjuk Sijil Vaksin Empayar Uthmaniyah

Fiza Kamarudin
06/09/2021
12:40 MYT
Hantaran terbaharu Pencetus Ummah (PU) Amin, di laman sosial Instagram (IG) yang memaparkan beberapa keping foto sijil vaksin mencetus pelbagai reaksi pengikut.
PU Amin pada Ahad, telah memuat naik hantaran memaparkan sijil vaksin berusia lebih 120 tahun yang dipercayai dikeluarkan pada zaman empayar Turki Uthmaniyah.
Menerusi hantaran itu juga, PU Amin berkata, sijil-sijil tersebut dikeluarkan di Istanbul sekitar tahun 1900.
PU Amin pada ruangan kapsyen berpendapat, jika benar vaksin merupakan satu agenda dajjal atau membunuh manusia mungkin manusia tidak akan wujud sehingga hari ini.
Malah, PU Amin turut menasihati agar orang ramai berserdahana menjatuhkan hukum kerana vaksin juga merupakan ikhtiar.
“Sijil vaksin zaman Uthmaniyah yang di keluarkan di Istanbul tahun 1900. Jika benar ia satu agenda dajjal atau membunuh manusia, maka mungkin kita tidak akan wujud hari ini.
“Bersederhana dalam menghukum. Vaksin itu ikhtiar. Yang sembuhkan kan Allah, tapi Allah suka hamba yang berusaha dan bertawakal dengan ikhitiar yang baik. Inshaallah,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen, PU Amin terpaksa menenangkan warganet selepas wujud pertikaian mengenai vaksin.
“Jangan gaduh-gaduh, jangan marah-marah. Orang cerita pasal vaksin je mula la nak melenting . Relax la. Jangan emosional. Senyum,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine

gempak
26/05/2024
03:45 MYT
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Viral

Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"

gempak
25/03/2024
08:55 MYT
Sepanjang bulan Ramadan, sudah pasti ramai umat Islam mengambil peluang beramal ibadah menunaikan solat terawih di masjid. Akan tetapi, menerusi satu muat naik di Facebook, seorang individu menitipkan pesanan terhadap jemaah yang sering kali bertukar-tukar masjid (masjid hoppers) supaya menghormati 'budaya' di 'tempat' orang.  Menurut individu it
Laman Utama

"Agamawan, Artis Dah Dahlah Bertelagah" - PU Amin

gempak
19/05/2023
08:45 MYT
Tak bawa untung!
Laman Utama

Konsert Coldplay: "Kalau Saya Bantah Pun, Orang Tetap Pergi, Tiket Tetap Sold Out" - PU Amin

gempak
17/05/2023
06:30 MYT
Pandangan PU Amin berhubung isu bantahan konsert Coldplay pada 22 November 2023.
Laman Utama

“Rasa Takut Tu Tuhan Je Tahu”- PU Amin Kongsi Pengalaman Mendebarkan Gempa Bumi Di Turkiye

gempak
22/02/2023
04:51 MYT
PU Amin Kongsi Pengalaman Mendebarkan Gempa Bumi Di Turkiye