,
Laman Utama

Bersalin Di London, Dr Amalina Tayang Muka Baby Arabella Mia!

Syafiqah Jalal
18/10/2022
09:29 MYT
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang terkenal, Dr Amalina Che Bakri selamat melahirkan bayi perempuan pada minggu lalu di Hospital St Thomas, London.
Dr Amalina berkongsi berita gembira itu sekaligus memperkenalkan nama puteri sulungnya sebagai Arabella Mia.
“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.
“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta - Amalina & Alex,” katanya.
Dalam kemas kini tersebut, Dr Amalina memuat naik fotonya sambil mendukung bayinya menghadap jendela.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut teruja serta mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertamanya.
Terdahulu, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Hiburan

Wajah Disunting Guna AI Untuk Promosi Judi, Ini Respons Zizan Razak - “Kenapa Orang Tu Pilih Muka Saya..”

gempak
28/08/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengesahkan video tular yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara dan wajahnya untuk mempromosikan perjudian dalam talian tersebut adalah palsu.
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Viral

Mahu Cegah Penuaan, Influencer Guna Najis Jadi Mask Muka

gempak
20/08/2024
15:25 MYT
Seorang pesohor media sosial di Brazil mengundang kecaman orang ramai yang memintanya mendapatkan rawatan selepas dia memuat naik klip video menggunakan najis sebagai topeng muka.
Viral

Dah Ada 44 Orang Anak, Wanita Ini Disarankan Terus Bersalin Lagi Jika Tidak ...

gempak
18/08/2024
14:55 MYT
Mariam, wanita berasal dari Uganda yang kini sedang mencuri perhatian warganet seluruh dunia.