,
Laman Utama

Bersaing Pelbagai Jenama Tudung Dalam Pasaran, Rizman Ruzaini; "Jenama Kami Ada Pengikut Yang Kuat"

Amri Hassan
17/07/2023
06:40 MYT
Ingin lari daripada kebiasaan, pereka duo terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka iaitu RR Mono Scarves yang dibuat secara berperingkat.
Rizman, 39, atau nama sebenarnya Rizman Nordin berkata, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan 'pop-up store' jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur.
"Bulan ini adalah ulang tahun kedua untuk RR Mono Scarves daripada Rizman Ruzaini. Seperti tahun lalu, kami adakan sambutan secara besar-besar bagi meraikan pencinta skaf kami. Cuma, kali ini kami akan buat lain sedikit iaitu secara berperingkat. Peringkat pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.
"Kemudian kami juga akan menjalankan beberapa aktiviti termasuk diskaun khas untuk semua skaf dan baju yang boleh dipadankan dengan skaf itu.
"Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini. Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves dan istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut" katanya.

Skaf baru setiap bulan!

Menurut Ruzaini pula, pihaknya berasa sangat gembira kerana jenama RR ini mendapat sokongan daripada peminat skaf.
"Sambutan baik diberikan kepada jenama kami membuatkan kami jadi lebih seronok. Kami di Rizman Ruzaini memang sangat mementingkan kualiti. Disebabkan itu, kebanyakan pembeli terus setia dengan jenama ini.
"Selain itu, kami sangat aktif mengeluarkan skaf dan boleh dikatakan, setiap bulan ada keluaran baharu. Apa yang kami lakukan ini supaya pelanggan dapat mengumpul pelbagai jenis skaf keluaran kami," katanya.

Persaingan tudung lain

Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, Ruzaini berkata RR Mono Scarves mempunyai pengikut tersendiri.
"Untuk persaingan, kalau di Malaysia ini adalah sihat sebab tiada berlawan antara satu sama lain. Saya fikir, jenama kami ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka.
"Memang kami mengharapkan sokongan berterusan daripada pembeli. Kalau diikutkan skaf ini hanya dipasarkan secara dalam talian dan tidak lama lagi akan dijual di butik kami seluruh Malaysia. Hujung tahun ini kami akan buka sekali gus di lima tempat. Jadi, pembeli boleh lihat dan rasai secara dekat kualitinya.," katanya.
Acara sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves di KL East Mall turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Ziana Zain dan Ernie Zakri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Cantiknya! Peminat Puji Penampilan Scha Elinnea Berhijab - “Cantik, Dah Boleh Like Gambar”

gempak
04/08/2024
08:55 MYT
Perkongsian pelakon Scha Elinnea mencuri perhatian warganet apabila tampil mengenakan hijab baru-baru ini.