HIGHLIGHTS
Bermula Hari Ini, Jangan Lupa Pakai Pelitup Muka Ya! Kalau Tak Melayang RM1,000 Sekelip Mata.
Dalam keseronokan kita meraikan sambutan Aidiladha dan melaksanakan ibadah korban di sana sini, jangan sesekali lupa arahan baru yang dikenakan kerajaan. Umum mengetahui berkuatkuasa 1 Ogos, kerajaan akan mengenakan denda sebanyak RM1,000.00 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu. kepada sesiapa yang tidak memakai pelitup muka. Selain diwajibkan pemakaian pelitup muka sebagai salah satu langkah memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, pematuhan penjarakan fizikal juga perlu diikuti.

Kredit Foto: Google
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil susulan penambahan kluster-kluster baharu jangkitan Covid-19 yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan. Menurutnya lagi, pemakaian pelitup muka diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani, pasar raya dan stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas.
Pemakaian pelitup muka (facemask) adalah satu kaedah pencegahan penting bagi mengelakkan penyebaran (60%) penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19. Lantaran itu pemakaiannya digalakkan khususnya mereka yang bergejala apabila berada di tempat awam.

Kredit Foto: Google
Selain pelitup muka jenis tiga lapis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyarankan pemakaian pelitup muka fabrik bagi mencegah penularan wabak. Antara ciri pemilihan pelitup muka fabrik mengikut saranan WHO adalah seperti berikut:
1. Disarankan untuk golongan tidak mengalami gejala pernafasan dan berada di tempat jangkitan Covid-19 tersebar luas dan penjarakan sosial diamalkan.
2. Lapisan dalamnya perlu menyerap air seperti kapas atau campuran kapas. Manakala fungsinya, bagi menyerap titisan cecair.
3. Lapisan tengah perlu bersifat menghindar penyerapan air dan diperbuat daripada bahan sintetik. Bukan bercirikan tenunan seperti Polipropilena atau lapisan kapas. Fungsinya, meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair.
4. Lapisan luar pula hendaklah bersifat menghindar penyerapan air. Contoh bahan adalah Polipropilena, poliester atau campurannya. Fungsinya, menghadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Kredit Foto: Google
Must-Watch Video