,
Berita

Berlari Dalam Terowong Angin Dengan Percikan Air, Sertai Coway Run 2018 Untuk Merasai Kelainan

Rozaimi Zubaidi
13/07/2018
13:00 MYT
Jogging dan berlari-lari anak merupakan salah satu cara paling mujarab untuk mengeluarkan peluh tidak kiralah secara bersendirian ataupun secara berkumpulan.
Ternyata amalan gaya hidup sihat ini kian mendapat sambutan daripada masyarakat pada masa kini dan sudah menjadi trend sekarang ini. Tasik dan taman riadah merupakan tempat paling ideal untuk melakukan senaman dengan berjogging dan menyertai acara larian marathon.
Pada masa kini pelbagai acara larian yang diadakan tidak kira pada waktu malam mahupun siang, malah ada juga tampil mengenakan pakaian yang unik untuk menyertai acara larian dianjurkan. Coway kini tampil menganjurkan acara larian buat tahun kedua dengan mengangkat tema 'Coway Run 2018 – Beat the Heat'.
Acara larian ini sudah semestinya berlainan daripada penganjuran yang pernah diadakan sebelum ini kerana Coway tampil memperkenalkan konsep yang disasarkan menjadi larian paling sejuk di Kuala Lumpur.
Peserta yang menyertai larian bertemakan 'Beat the Heat' ini akan merasai kelainan apabila mereka belari dalam terowong yang direka khas bagi menyejukkan pelari-pelari di sepanjang larian dengan penyiram air, terowong kabus serta terowong angin yang pasti menambahkan kejutan bagi mereka.
Seramai 7000 orang pelari dijangka menyertai larian Coway Run 2018 ini yang akan diadakan pada 7 Oktober ini di MAEPS Serdang.
Dua kategori yang dipertandingkan dalam larian Coway Run 2018 ini adalah larian sejauh 10 kilometer dan 5 kilometer. Orang ramai yang ingin menyertai Coway Run 2018 boleh mendaftar awal pada 11 Jun hingga 21 September 2018, bermula dengan harga RM 50 di laman web www.cowayrun.com.my.
Sementara ini, RM10 dari setiap pendaftaran akan disumbangkan kepada 'Happy Water Project' yang merupakan salah satu aktiviti CSR oleh Coway.
Dalam projek ini, Coway membekalkan air bersih untuk perkampungan Orang Asli yang tidak mendapat sistem perpaipan secara terus, dan bekalan air semasa dari bukit tidak mencukupi untuk keperluan harian.
Sebagai The Water Specialist ™, projek ini juga adalah bertujuan menggalakkan gaya hidup lebih sihat dengan memilih Coway untuk menikmati air yang lebih baik, di samping meningkatkan kesedaran berkaitan keperluan air bersih dalam kalangan rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai larian Coway Run 2018, anda boleh melayari laman web https://bit.ly/2JHT9dF
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penunggang Motosikal Terbunuh Dilanggar Lori Berundur Secara Tiba-Tiba

gempak
24/11/2024
02:45 MYT
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, di sini, pada Sabtu.
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Hiburan

Jefri Nichol Gemar Sleep Call Teman Wanita Sebelum Tidur - “Lebih Tenang Tidur Kalau…”

gempak
23/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia gemar untuk ‘sleep call’ atau menghubungi pasangannya setiap kali sebelum tidur.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Unitar