,
Hiburan

Berkolaborasi Dengan Chaleeda, Lil J Muncul Dengan Bestfriend

Kamaruddin Razal
25/12/2018
01:47 MYT
Bintang rap yang mula meningkat naik, Lil J akhirnya memperkenalkan diri kepada pencinta muzik tempatan dengan lagu yang berjudul Bestfriend.
Lil J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang sedang hangat diperkatakan.
Kebolehan Lil J dalam menulis lirik, menyanyi rap dan mencipta lagu berjaya membuka mata Rocketfuel Entertainment untuk mengambilnya sebagai artist rakaman.
Biarpun baru beberapa tahun berkecimpung dalam arena hip hop, Lil J diberi peluang tampil bersama bintang asal Thailand, Chaleeda Gilbert untuk single ini.
Bestfriend merupakan kolaborasi pertama Lil J bersama Chaleeda dan merupakan sebuah karya hebat hasil nukilan penyanyi dan penerbit hip hop tersohor Joe Flizzow,Alif dan SonaOne.
Biarpun judul lagu ini di dalam Bahasa Inggeris, Bestfriend sebenarnya merupakan sebuah lagu berbahasa Melayu. Ia hanya menyelitkan beberapa bait lirik Bahasa Inggeris dan merupakan lagu Melayu pertama buat kedua-dua penyanyi muda ini.
Sungguhpun berusia lewat belasan tahun, kedua-dua bintang ini mempunyai potensi yang besar dalam industri hiburan dan mempamerkan kematangan dalam bakat seni yang mereka persembahkan.
Lebih menarik lagi, Lil J yang lebih sering membuat persembahan di dalam Bahasa Inggeris berani tampil untuk menyampaikan sebuah lagu di dalam Bahasa Melayu yang jelas sekali merupakan sebuah bahasa asing buat Chaleeda juga.
Walaubagaimanapun, lagu berentak rancak dengan elemen hip hop moden ini disampaikan dengan begitu baik oleh mereka berdua dan dijangka bakal berbekas di hati peminat muzik serantau.
"Lil J dan Chaleeda masing-masing mempunyai kekuatan mereka sendiri dari segi cara nyanyian dan juga peminat dan saya rasakan kolaborasi mereka berdua dalam lagu ini pasti akan memberikan impak tersendiri di dalam muzik hiburan Malaysia.
"Bukan itu sahaja, ini merupakan lagu berbahasa Melayu pertama buat mereka, kami sengaja berikan sedikit kelainan buat Lil J dan Chaleeda untuk memikat hati pencinta muzik Malaysia," kata Feros selaku Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment
Single Bestfriend ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.
Selain itu, muzik video rasmi ‘Bestfriend’ juga boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Tak Sangka Malique Ada Di Studio, Saya Tergamam…!” – Ara Johari Rap Dengan Lil J Dalam Lagu Keliru

gempak
22/10/2021
04:39 MYT
Bestnya dapat jumpa legend!
Hiburan

Lil J, Alan D & Loca B Bergabung Dalam Laut!

gempak
13/07/2020
14:39 MYT
Hiburan

Sedih Beraya Di Bandar? Jom Layan Lagu Kampung Aku LIT Untuk Hiburkan Hati!

gempak
18/05/2020
06:10 MYT
Berita

Pertama Kali Chaleeda Pakai Tudung, Dah Ada Yang Nak Jadikan Bini, Ramai Puji Cantik!

gempak
20/12/2019
10:15 MYT
Hiburan

'IMSO' Bawa Mesej Positif Tiga Bintang Hip-Hop Tempatan Bergabung Dalam Lagu

gempak
22/10/2019
07:21 MYT