,
Laman Utama

Berkejar Ke Lokasi Kemalangan, Achey Jalani Tanggungjawab Sebaik Mungkin

Asraf Aided
03/05/2021
11:50 MYT
Pelawak popular, Achey menyemat tanggungjawab besar terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Baru-baru ini, sebuah lori yang membawa muatan produk wangian, SugarBomb mengalami kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampir susur keluar Damansara menghala ke ibu negara.
Mendapat berita itu, Achey terus berkejar ke lokasi di mana ribuan produk yang dibawa berterabur atas jalan raya.
Bagaimanapun, kemalangan yang dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM100,000 itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu dan kelindan lori terbabit.
Video kemalangan yang dimuat naik di laman Instagram (IG) tular dan mencuri perhatian warga netizen apabila ditonton hampir 700,000. Ramai memuji keprihatinan Achey yang sanggup bergegas ke lokasi kemalangan walaupun dalam keadaan jalan raya sesak.
Achey yang juga duta produk tersebut berkata, atas dasar tanggungjawab, dia tidak kisah meninggalkan kerja lain apabila mengetahui lori yang membawa muatan produk itu berdepan kemalangan.
“Sehari sebelum kemalangan, satu kontena produk SugarBomb terbakar di Sarawak, ia disusuli pula dengan kejadian ini. Syarikat tentulah mengalami kerugian besar, namun ia juga disifatkan sebagai ujian pada bulan Ramadan.
“Saya memuat naik video kemalangan bukannya sengaja mahu menarik perhatian, sebaliknya saya memerlukan doa orang ramai. Bagaimanapun, saya tidak menyangka video berkenaan tular.
“Saya sendiri terkejut apabila tiba ke lokasi kemalangan, produk berterabur dan bau harum semerbak atas jalan raya. Tidak dinafikan, banyak produk pecah dan rosak, tetapi masih ada yang boleh diselamatkan,” katanya.
Anggota kumpulan Bocey itu berkata, dia tidak mahu sekadar menjadi duta produk dan hanya menunggu imbuhan setiap bulan. Selagi ada masalah, dirinya akan membantu apa yang termampu.
“Memang saya tak mampu nak hulur duit bantu ganti rugi, tetapi saya percaya, sokongan dan semangat perlu diberikan dalam keadaan ditimpa musibah.
“Saya sanggup menaiki motosikal bersama isteri dan anak bergegas ke lokasi kejadian. Sebab saya tahu, jalan raya pasti sesak apabila lori terbalik. Memang betul tekaan saya, jalan raya sesak dan petugas SugarBomb bertungkus lumus mengutip produk yang berterabur atas jalan raya,” katanya.
Achey berkata, dia sedar dirinya tiada memiliki pakej sempurna, namun kekurangannya itu perlu digantikan dengan sikap tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
“Alang-alang jadi duta produk, saya akan pastikan produk yang diwakili betul-betul laku. Saya tidak mahu jadi duta sekadar bergelar duta sahaja, itu tidak bermakna apa-apa.
“Tanggungjawab saya memastikan produk laku keras, barulah syarikat puas hati dengan hasil usaha kita,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal berkata, lori yang membawa muatan barangan dalam perjalanan ke PWTC untuk menghantar produk wangian badan, penyegar udara dan wangian rumah bagi satu acara yang dijadual berlangsung, keesokannya.
“Kami bersyukur pemandu dan kelendan lori tidak mengalami kecederaan, biarpun sebahagian produk rosak dan bertaburan atas jalan raya.
“Agak malang apabila tayar belakang lori meletup hingga menyebabkan pemandu hilang kawalan, sebelum terbalik di lorong kanan. Acara disertai tetap diteruskan, produk rosak terpaksa digantikan dengan yang lain,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.
Hiburan

Bergabung Dalam 'Biar', Achey Dan Tantari Mahu Sampaikan Mesej Yang Mendalam Buat Pendengar

gempak
12/09/2024
18:55 MYT
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah,38, lagu yang ditulis sepenuh olehnya itu mengisahkan tentang realiti kehidupan, di mana kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar dicapai.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

gempak
08/08/2024
21:55 MYT
Usia rumah tangga yang sudah melebihi 10 tahun bukan jaminan akan kekal. Begitulah yang terjadi kepada pelakon, hos dan pelawak terkenal Indonesia, Andrea Taulany dan isteri, Rien Wartia Trigina.