Laman Utama
Berkata Tidak Kepada Orang, Buat Nicholas Saputra Rasa Kuasa Yang Sangat Powerful
Nama Nicholas Saputra adalah jenama yang sangat kuat dalam dunia perfileman Indonesia juga Malaysia. Nicholas digilai peminat sejak pertama kali meledak dengan wataknya sebagai Rangga dalam filem fenomena, Ada Apa Denga Cinta (AADC) lebih 15 tahun lalu.
Seiring popularitinya selain soal karier, kehidupan peribadinya juga ikut disorot media dan peminat. Namun sehingga kini, lelaki dengan wajah ‘misteri’ tersebut mampu bertahan untuk mengekalkan rahsia dan privasi kehidupannya.
Menurut Nicholas, ‘rahsia’ kehidupannya menjadi kekal privasi adalah dengan mengatakan tidak kepada banyak pelawaan atau permintaan yang datang.
Dia yang sejak remaja sudah terbiasa menjadi tumpuan berkata kerana sering dikejar-kejar membuat dirinya perlu membataskan banyak perkara termasuk berani menolak.
“Sejak muda saya sudah melihat impak dalam kerjaya buat diri saya, keluarga mahupun jiran.
“Jadi saya belajar mengatakan tidak. Untuk berkata tidak atau menolak adalah kuasa yang sangat powerful meski sukar untuk mengatakan tidak,” ujar Nicholas dalam temu bual bersama YouTube CXO Media seperti dilaporkan Kompas.
Meski terkadang pernah berfikir dengan menolak permintaan mungkin membuat dirinya namak ego, tapi bintang tersebut membuang perasaan itu jauh-jauh.
Katanya dengan mengatakan tidak, dia sebenarnya secara tidak langsung melindungi diri sendiri dan banyak perkara di sekelilingnya.
“Saya pernah berfikir bila menolak permintaan seperti saya egois tapi saya buang perasaan itu jauh-jauh. Semua ini adalah proses, dan saya sudah terbiasa menolak kemudian berhadapan dengan orang yang permintaan mereka ditolak,” katanya lagi.
Must-Watch Video