gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Vivy Yusof Hidap Lupus - "Saya Jarang Sakit, Tapi Diam-Diam Tubuh Saya Sedang 'Runtuh' Dari Dalam..."
VIRAL
Apa Motif CIA Kongsi Gambar 3 Keping Syiling Malaysia?
HIBURAN
Konsert Sulung Insomniacks: Echoes Of A Dream Sukses! Iqie Luah Rasa Syukur - “Selepas 10 Tahun Berada Dalam Industri…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Berjauhan Dengan Anak, Ada Sebab Kak KM Suruh Nabila Potong Rambut - “Tukar Angin, Buang Benda Yang Tak Elok”

Mya Amri
Mya Amri
19/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Berjauhan Dengan Anak, Ada Sebab Kak KM Suruh Nabila Potong Rambut - “Tukar Angin, Buang Benda Yang Tak Elok”
Usahawan sensasi dan personaliti media sosial, Kak KM akui masih cuba menyesuaikan diri apabila berjauhan dengan anak sulungnya, Nabila.

Cabaran berjauhan dengan anak

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, pengalaman ini bukan sahaja memberi cabaran buat anaknya yang pertama bekerja tetapi juga kepada dirinya sebagai seorang ibu.

“Sebenarnya saya tak okay, nak makan pun teringat anak. Apabila berjauhan dengan anak, bukan fikir apa sangat.

“Kita tahu dia selamat sahaja, insya-Allah. Cuma terkenang dia makan, pakai dia, itu yang kita risaukan,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Gempak.

Pertama kali anak bekerja

Tambah Kak KM lagi, ini merupakan kali pertama anaknya bekerja dan berdikari, berbeza dengan sebelum ini ketika Nabila hanya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
“Ini merupakan kali pertama berjauhan dengan Nabila dan kali pertama juga dia bekerja. Sebelum sebelum ini tidak pernah.
“Berjauhan dulu pun semasa dia belajar di Universiti Malaya tetapi itu pun dalam Kuala Lumpur sahaja.

“Tapi itu pun teruk juga saya, dua minggu menangis, duduk dalam bilik dia menangis. Sekarang lagi teruk, lagi anak itu membesar, lagi kita risaukan dia sebenarnya. Memang dia boleh berdikari tetapi kita tak biasa.

“Kalau nak ikut kuat tak kuat tu sebenarnya terpaksa. Bukannya ikut kerelaan dah, tapi terpaksa, macam sudah terikat. Nak tak nak kita kena lepaskan anak itu,” jelasnya.

Ada sebab suruh anak potong rambut

View this post on Instagram
A post shared by Lianarosli Official (@kakkmsayang)
Dalam pada itu, Kak KM juga menasihati anaknya untuk melakukan perubahan dari segi penampilan memulakan fasa baharu dengan lebih positif.

“Saya suruh dia potong rambut, suruh tukar angin. Buang benda benda yang tidak elok, tukar semua. Jadi sekarang dia nampak macam lebih ceria,” ujarnya.

BERITA TRENDING:Kak KM Jawab Isu Anak Didakwa Terlalu Seksi - “Jangan Sibuk Hal Orang, Aku Tahu Bahagian…”

BERITA TRENDING:"Aku M*ti Dia Tanam, Dia M*ti Aku Tanam" - Kak KM

BERITA TRENDING:“Suara Tak Semangat Macam Selalu” – Netizen Risau Tengok Keadaan Kak KM Menangis Sambil Masak Sebab Rindu Anak

BERITA TRENDING:Kak KM Menangis Anak Nak Masuk Universiti - “Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?”

BERITA TRENDING:Kak KM Tak Pernah Perlekehkan Suami, Jaga Hubungan Rumah Tangga - "Kena Banyak Bersabar, Kekalkan Spark Macam Zaman Bercinta"

Terdahulu, Nabila kini sedang menjalani kehidupan baharu sebagai pramugari bersama Singapore Airlines.
Perpisahan jarak jauh buat pertama kali ini, nyata menjadi ujian emosi buat si ibu yang selama ini cukup rapat dengan anaknya.
Topic Berkaitan
#Anak
#Potong Rambut
#Nabila
#Anak Sulung
#Kak KM
#Liana Rosli
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement