,
Hiburan

Beri Sumbangan & Makin Kerap Bersuara Di Media Sosial, Sokongan Meerqeen Terhadap Palestin Tetap Kukuh

Firdaus
25/05/2024
03:55 MYT
Makin kerap memuat naik tentang isu di negara Palestin, pelakon meningkat naik, Meerqeen menyatakan bahawa dia tidak pernah berubah pendirian terhadap sokongan ke atas negara itu.

Pernah Beri Sumbangan

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, memaklumkan dirinya sebelum ini pernah memberi sumbangan kepada negara itu namun tidak menguar-uarkan perkara tersebut kepada orang ramai.
“Seperti yang orang tahu Meerqeen ada sahaja muat naik tentang apa yang berlaku di Palestin, cuma Meerqeen tak pegang telefon sangat jadi kalau Meerqeen sibuk memang Meerqeen tak buat apa-apa posting.
“Tapi untuk pengetahuan orang ramai, apa yang Meerqeen buat adalah sumbangkan dekat orang di sana, dan ramai orang tak tahu. Dan perkara itu untuk saya adalah sesuatu yang tidak perlu dikongsikan dan cukuplah keluarga saya yang tahu,” kongsinya.
Meerqeen berkata demikian pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang berlangsung di Zebra Square pada Khamis.

"Saya memang menyebelahi Palestin sahaja...

Berkongsi lebih lanjut, Meerqeen turut memohon maaf sekiranya perbuatannya yang disifatkan sebagai seorang yang ‘tidak ambil kisah’ sebelum ini mengguris hati mana-mana pihak.
“Saya minta maaf kalau ada tersinggung mana-mana pihak, saya memang menyebelahi Palestin sahaja dan tambahan pula kita orang Malaysia, memang kita akan teguh dengan Palestin.
“Saya seorang muslim dan saya orang Malaysia, dan sumbangan pun ada sahaja Meerqeen buat. Mungkin bukan di media sosial tetapi secara fizikal,” katanya.

BERITA TRENDING: “Mak Bapak Aku Kau Jangan Main Anj***” - Meerqeen Hilang Sabar, Netizen Biadap Label Ibu Bapa Israil

Sekadar info, Meerqeen sebelum ini pernah dikritik teruk netizen kerana seolah-olah tidak mengambil berat terhadap konflik yang berlaku di negara Asia Barat itu selain bergambar dengan pelakon dari Israel, Gal Gadot.

PILIHAN PEMBACA: Sering Dituduh Tidak Lantang Bersuara, Meerqeen Akhirnya Muat Naik Hantaran Tentang Palestin

Terdahulu, pelakon itu turut menerima pelbagai cemuhan di mana ada netizen yang menyindir aktor berkenaan sebagai ‘anjing’ kepada Israel kerana berdiam diri berikutan peperangan yang terjadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar