Laman Utama
Beri Anak Kepada Penjual Sayur, Pelawak Ini Dibayar RM154 Untuk Beli Jamu
Seorang pelawak dan pelakon wanita mendedahkan kisah hidup lampaunya sebelum berjaya bergelar anak seni.
Pelawak kelahiran Indonesia yang cukup terkenal dengan nama pentas Elly Sugigi itu membuat pengakuan tersebut sewaktu menjadi tetamu dalam sebuah saluran YouTube di republik tersebut.
Menurut Elly, 51, kerana terlalu miskin serta tidak mampu membeli susu dia telah memberikan anaknya kepada seorang penjual sayur untuk dijaga dan dibesarkan dengan baik.
“Saya dulu terlalu miskin. Sampai ya Allah, maaf, saya telah memberikan anak kepada orang lain untuk dibesarkan. Saya tidak mampu membeli susu atau barang keperluan lainnya.
“Saya beri kepada penjual sayur. Walaupun jual sayur, saya tahu keluarga itu mempunyai agama yang baik.
“Jadi saya pilih berikan anak kepada mereka walaupun sempat ditawarkan oleh keluarga kaya dan mahu memberi saya sebiji rumah, tapi sebab tidak tahu apa agamanya saya tidak beri,” dedah Elly seperti dilaporkan Viva.co.id.
Tambah Elly, dia menerima sebanyak Rp500 juta atau sekitar RM154 hasil ‘pemberian’ anaknya kepada penjual sayur tersebut.
“Sudah seperti jual anak ya. Dapat RM154 buat beli jamu,” katanya lagi.
Usia anak perempuannya sekarang sudah mencecah 17 tahun. Katanya dia hanya dapat bertemu dan meminta maaf kepada anaknya sekitar tahun 2018 lalu.
“Sekarang hubungan saya dengan anak sudah semakin baik selepas bertemu pada tahun 2018.
“Cuba dulu memang dia pernah berkecil hati dan mengatakan sampai hati kerana saya sanggup berikan dia kepada orang lain.
“Tapi demi masa depannya yang lebih baik dan mahu dia menjadi seseorang yang berguna, saya berikan dia kepada orang lain kerana percaya hidupnya tidak akan indah bersama saya,” kata Elly yang juga merupakan seorang mangsa penderaan rumah tangga selama 12 tahun.
Must-Watch Video