,
Laman Utama

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!

Azwa Rahman
19/08/2022
08:48 MYT
Penampilan adik-beradik terhangat Ummi Nazeera dan abangnya, Datuk Nazreem Musa di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) mencuri perhatian ramai.
Hadir bagi menyokong pereka fesyen terkenal Kit Woo, kedua-dua figura itu tampil sebagai pasangan di acara fesyen tahunan yang berlangsung di pusat beli-belah terkenal Pavilion, Kuala Lumpur.
Menerusi laman sosial Instagram, Ummi berkongsi koleksi foto dan video ketika berada di pertunjukan fesyen tersebut untuk tatapan umum.
“Another day with my brother @nazreemmusa and friends at #klfw2022,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ummi tampil mengenakan persalinan jaket ‘oversized’ berona hitam lengap bercermin mata manakala Nazreem memakai sut bertali gabungan warna biru dan putih.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap penampilan dua beradik itu yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen negara.
Malah, keakraban Ummi bersama abangnya turut menjadi tumpuan ramai.
“Suka tengok dua beradik ni,” komen seorang wargamaya.
“Dua beradik ni paling gojes,” ujar seorang wargamaya.
“Semua Ummi pakai lawa. Dalam drama pun lawa,” puji seorang wargamaya.
“Terbaik! Berhijab tak semestinya tak boleh berfesyen,” tulis seorang wargamaya.
“Lovenya tengok bonding abang dan adik,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan oleh warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Kahwin Please” - Terlalu Mesra, Peminat Mahu Daiyan Trisha Kahwini Nazreem Musa

gempak
24/12/2022
12:50 MYT
Ramai suka lihat Daiyan dan Nazreem
Laman Utama

Nazreem Musa Cadang Potong Rambut Kalau Diberi Rezeki Kerjakan Haji Buat Kali Ke-2

gempak
06/10/2022
19:50 MYT
Suka tengok gaya Nazreem Musa
Laman Utama

Daiyan Trisha Akui Rapat Dengan Abang Ummi Nazeera, Tapi…

gempak
27/01/2022
01:50 MYT
Ikuti jawapan Daiyan
Berita

“Pernah Marah Sangat Sampai Tangan Dia Berdarah Terkena...”- Ummi Nazeera Dedah Kejadian Ketika Abangnya Cuba Melindunginya

gempak
18/12/2018
01:32 MYT
Unitar