,
Hiburan

Berganding Dengan Zamarul Hisham, Azah Aziz Nervous Sampai Demam - “Mungkin Sebab Sebulan Saya Tidak..”

Umirah Halim
25/09/2024
00:55 MYT

Pelakon dan model terkenal era 1990-an, Azah Aziz berdepan serangan demam selama satu hari selepas melakukan babak bersama pelakon, Zamarul Hisham menerusi drama Tenyata Sebuah Bahagia.

Gementar sampai demam

Azah atau nama lengkapnya Norazah Aziz, 51, akui perkara tersebut berlaku kerana dirinya berasa gementar selepas satu bulan tidak beraksi di set penggambaran.

“First time masuk set saya kena buat babak dengan Zamarul, saya menggelabah sehingga saya demam.

“Mungkin sebab saya sudah sebulan tidak berlakon jadi momentum turun sedikit.

“Satu hari sahaja saya demam sebab saya rasa seperti terkejut,” jelasnya ketika ditemui Gempak di majlis tayangan perdana dan sidang media drama Ternyata Sebuah Bahagia di GSC Mid Valley Megamall pada Isnin.

BERITA TRENDING: Permintaan Drift Ditolak IshowSpeed,

BERITA TRENDING: Mata Lebam Bukan Sebab Dipukul Suami, Influencer

BERITA TRENDING: Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil

BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan

Melanjutkan bicara, selebriti berkulit hitam manis itu turut memaklumkan penambahan babak daripada pengarah pada saat akhir turut menjadi faktor disebalik serangan demam tersebut.

“Pada awalnya saya sudah study skrip dan babak yang saya perlu lakonkan pada hari itu.

“Tiba-tiba pengarah mahu tambah babak bersama Zamarul, saya tak dapat lagi skrip jadi untuk babak tu saya tak tahu apa ceritanya.

“Jadi ketika itu juga dapat skrip, waktu itu juga perlu hafal skrip, sebab itu saya terus rasa menggelabah selepas habis shooting itu demam,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Azah bakal membintangi sebuah drama kekeluargaan Tenyata Sebuah Bahagia.

“Ini drama keenam saya sejak saya pulang ke Malaysia pada Julai tahun lalu,” ujarnya lagi.

Drama yang mengisahkan cabaran rumah tangga dan kecurangan dalam perkahwinan ini bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Ria.

Turur sama menjayakan drama 40 episod ini ialah Zamarul Hisham, Che Puan Sarimah Ibrahim, Lorenzo Irmann dan Myra Afrina.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Pernah Hadap Penyondol, Zamarul Hisham Banyak Fikir Hubungan Dengan Keluarga - "Rezeki Saya Adalah Rumah Tangga"

gempak
12/08/2024
08:55 MYT
Susulan kes penyondol yang berleluasa, pelakon Zamarul Hisham tampil berkongsi pengalamannya berkaitan isu tersebut.
Hiburan

Akui Sikap OCD Pernah Jejaskan Rumah Tangga, Zamarul Hisham Kini Pilih Untuk Lebih Berdiam Diri - “Kalau Nak Luahkan, Saya Kena Kawal”

gempak
08/08/2024
02:25 MYT
Pernah berpisah dengan isteri gara-gara mempunyai sikap Obsessive Compulsive Disorder (OCD), pelakon, Zamarul Hisham tampil berkongsi mengenai perkara tersebut.
Hiburan

Diana Rafar Dedah Punca Perpisahan Sebelum Ini - “Sebab Abang Memang Tak Boleh Tengok…”

gempak
03/08/2024
05:55 MYT
Gara-gara sikap Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang dihadapi suaminya, aktor Zamarul Hisham, pelakon dan penyanyi Diana Rafar mendedahkan dia pernah berputus atas di awal perkahwinan mereka.
Hiburan

Diana Rafar Imbau Detik Zamarul Hisham Lafaz Cerai & Perjalanan Mula Pakai Tudung - “Satu Persatu Nikmat Allah Tarik...”

gempak
31/07/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Diana Rafar mengimbau detik ketika suaminya, aktor Zamarul Hisham melafazkan cerai terhadapnya pada Januari 2015.