Berita
Berenang Dalam Laut Yang Dihuni Buaya Bagi Penuhi Nazar
Seorang nelayan berusia 68 tahun nekad berenang menyeberangi lautan yang dihuni buaya demi menunaikan nazar selepas Prabowo Subianto dilantik sebagai Presiden Indonesia.
BERITA BERKAITAN: "Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo
BERITA BERKAITAN: Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."
BERITA BERKAITAN: Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia
BERITA BERKAITAN: Comel, Prabowo Bawa Kucing Kesayangan Bobby Tinggal Di Istana Negara
Aksi berbahaya itu dilakukan lelaki berkenaan di Teluk Hondolu, Kabubapen Buton, Sulawesi Tenggara pada 20 Oktober lalu, tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pernafasan.
"Sebenarnya saya sudah lama mengidolakan Bapak Prabowo, sehingga semasa pilihan raya (pada Februari lalu), saya sudah bernazar jika beliau terpilih menjadi presiden nanti saya akan berenang menyeberangi Teluk Hondulu.
"Meskipun di laut ini banyak buaya...Alhamdulillah semasa saya berenang tidak nampak seekor pun buaya padahal biasanya buaya selalu dilihat oleh warga desa ini," kata Juhudin ketika ditemui pemberita di pesisir pantai Desa Wasuamba pada Isnin lalu.
Juhudin berjaya menyeberangi laut itu dari pantai Desa Wasuamba menuju Desa Bonelalo yang berjarak 1 kilometer.
Aksinya sempat dirakam dan tular di media sosial.Malah tindakannya itu mendapat dukungan dari warga setempat.
Terdahulu, Presiden Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029 di Parlimen Indonesia pada Ahad.
Prabowo kini memegang jawatan sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia berdasarkan populasi, susulan kemenangan Pilihan Raya Presiden 2024 pada 14 Februari dengan memperoleh 59 peratus undi.
Beliau, bersama Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, 37, berjaya menewaskan pencabar mereka, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, yang masing-masing meraih kira-kira 25 peratus dan 16 peratus undi.
Prabowo, bekas jeneral dan menteri pertahanan, menjadi presiden ketiga yang berlatar belakang ketenteraan selepas Soeharto dan Susilo Bambang Yudhoyono.
Beliau juga mencatat sejarah sebagai presiden tertua di Indonesia ketika dilantik, mengetepikan Presiden ketiga BJ Habibie yang dilantik pada usia 61 tahun.
Sementara itu, Gibran pula menjadi naib presiden termuda, berbanding naib presiden pertama Mohammad Hatta yang ketika itu berusia 43 tahun.
Must-Watch Video