Laman Utama
Bercinta Dengan Suami Orang, Pelakon India Tragis Ditemui Tergantung... Keluarga Dakwa Bukan Bunuh Diri!
Pelakon drama India, Pallabi Dey, 21, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Kolkata, India pada 15 Mei lalu dalam keadaan menggantung diri.
Menurut laporan kekasihnya, Sagnik Chakraborty, Pallabi meninggal dunia akibat membunuh diri.
Bagaimanapun, kenyataan itu dibantah oleh keluarga aktres itu yang percaya mereka tinggal bersama biarpun Sagnik sudah memiliki isteri dan belum lagi bercerai.
Difahamkan, Sagnik hidup dengan menumpang kemewahan Pallabi dan membiayai segala perbelanjaan teman lelakinya selama ini termasuk membelikan sebuah kereta mewah.
Keluarga Pallabi juga percaya, Sagnik telah berlaku curang kepada anak perempuannya dan pernah membawa wanita lain memasuki kediaman terbabit ketika ketiadaan Pallabi.
Pembantu rumah Pallabi, Selima Sardar juga memberitahu bahawa Sagnik pernah membawa seorang wanita ke dalam rumah berkenaan dan bersama selama beberapa jam.
Dua hari selepas kematian Pallabi, Sagnik ditahan oleh pihak berwajib untuk disoal siasat.
Menurut kenyataan Sagnik kepada pihak berkuasa, kematian Pallabi tiada kena mengena dengannya memandangkan dia keluar dari rumah berkenaan untuk membeli rokok ketika kejadian.
Dakwa Sagnik, Pallabi melalui depresi kerana terlalu memikirkan kariernya dan ketiadaan pekerjaan ketika ini.
Menerusi siasatan pihak berkuasa, Sagnik mengaku menerima deposit tetap menerusi akaun bersama Pallabi berjumlah RM6.6 juta dan telah membeli sebuah apartmen mewah di Salt Lake bernilai RM32 juta.
Siasatan beranggapan meskipun Sagnik masih punya kerjaya, nilai terbabit mengatasi daripada jumlah gajinya.
Sumber: Asianet Newsable, The Siasat Daily
Must-Watch Video