,
Berita

Berakhir Dengan Tragis & Kekal Misteri Hingga Kini… Ini Kes Kanak-Kanak Hilang Yang Pernah Gemparkan Negara

Gempak
24/07/2024
05:55 MYT
Kes melibatkan kanak-kanak menjadi mangsa jenayah adalah sangat serius dan sentiasa diberikan fokus yang sangat tinggi oleh pihak berkuasa.
Pastinya, kehilangan kanak-kanak tanpa jejak ini telah meninggalkan keluarga mereka penuh tanda tanya. Sejak beberapa dekad lalu, terdapat banyak kes kanak-kanak hilang berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia.
Disini Gempak kongsikan beberapa kes kanak-kanak hilang yang berakhir dengan tragis dan kekal misteri sehingga ke hari ini.

1. Nurul Huda Abdul Ghani

Nurul Huda Abdul Ghani, 10, dilaporkan hilang selepas tidak pulang daripada membeli barang di kedai runcit yang terletak 500 meter dari rumah mangsa di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Johor Bahru pada 17 Januari 2004.
Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan bogel dan nyawa-nyawa ikan dalam sebuah pondok pengawal keselamatan di pencawang TNB. Mangsa telah diikat, diperkosa dan diliwat beramai-ramai oleh tiga orang suspek sebelum dijerut.
Mangsa meninggal dunia ketika menunggu rawatan tiba. Dua suspek telah ditahan manakala suspek ketiga berjaya memboloskan diri dan tidak ditemui hingga kini.

2. Nurin Jazlin Jazimin

Nurin Jazlin, 8, dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kira-kira pukul 8 malam, 20 Ogos 2007.
Arwah yang menghidap komplikasi buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan untuk membeli sepit rambut di pasar malam itu.
Mayat Nurin Jazlin ditemui dalam beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

3. Sharlinie Mohd Nashar

Kehilangan kanak-kanak Sharlinie Mohd Nashhar yang berusia empat tahun pada 9 Januari 2008 turut menggemparkan negara.
Peristiwa penuh misteri itu berlaku ketika Sharlinie bersama kakaknya, Sharliena (ketika itu tujuh tahun) dalam perjalanan pulang ke rumah dari taman permainan kira-kira 200 meter dari rumah sewa keluarganya di Taman Medan, Petaling Jaya.
Walaupun beribu-ribu poster hilang diedarkan, tiada apa-apa konkrit yang pernah timbul mengenai keberadaan Sharlinie.

4. Nurul Nadirah Abdullah

Nurul Nadirah atau Dirang, 4, dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012 ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun yang sama.
Misteri kehilangan Dirang terjawab apabila laporan Jabatan Kimia mengesahkan ujian DNA ke atas mayat rentung yang dijumpai di sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai, Johor pada 8 Mac 2012 adalah milik mangsa.
Pada Jun 2013, suspek yang membunuh Dirang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru setelah didapati bersalah membunuh Dirang.

5. Noor Amila Edrus Norsham

Noor Amila Edrus, 5, dilaporkan hilang di Jinjang Utara selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib sebelum ditemukan meninggal dunia pada 11 Ogos 2018.
Noor Amila dipercayai meninggal dunia pada hari pertama dilaporkan hilang dan mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.
Mayat kanak-kanak berumur lima tahun itu ditemui dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kaki diikat tali kabel.

6. Zayn Rayyan

Penghujung 2023, negara turut digemparkan dengan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berusia enam tahun yang disyaki dibunuh selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang.
Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.
Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.
Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang itu ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan data diperoleh daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes membabitkan orang hilang kekal kira-kira 900 insiden setiap tahun.
Saifudin turut menafikan dakwaan orang ramai mengenai berlakunya peningkatan mendadak kes orang hilang di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kes Nurin Jazlin Tak Pernah Ditutup”- Polis Terima Maklumat Baru, Mohon Seorang Individu Warga Indonesia Supaya…

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Terus Buru Seorang Individu Bunuh Zayn Rayyan, Semoga Pelaku Ditangkap!

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah

ARTIKEL BERKAITAN: Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Terkini

Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Berita

Remaja Merajuk Lari Masuk Hutan Ditemui Selamat

gempak
30/08/2024
15:30 MYT
​Seorang remaja yang dilaporkan lari ke dalam hutan berhampiran Taman Belimbing Harmoni, Alor Gajah pada malam Khamis ditemukan selamat.
Berita

Polis Minta Bantuan Kesan Mohd Ridzlan, Hilang Sejak 12 Ogos

gempak
20/08/2024
06:39 MYT
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di daerah ini.