Laman Utama

“Benda Paling Rindu Selepas Jadi Ibu Nak Khusyuk Solat Sebab…”- Elfira Loy

gempak
Syafiqah Jalal
08/12/2022
12:46 MYT
Sponsor Banner
“Benda Paling Rindu Selepas Jadi Ibu Nak Khusyuk Solat Sebab…”- Elfira Loy
Pelakon Elfira Loy akui rindu untuk berada dalam keadaan khusyuk ketika menunaikan solat.
Kata Elfira sejak bergelar ibu sukar untuk dirinya meninggalkan anak-anaknya tanpa mempedulikan keadaan mereka.
“Benda paling saya rindu sekali nak buat after being a mom ni actually solat dengan khusyuk . Of course ramai kata solat je, biar je diorang main atau nangis .
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ini (foto di Instagram), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah,” katanya berseloroh.
Elfira berkongsi perkara di Instagram (IG) dengan memuat naik foto yang dimaksudkan. Foto itu menunjukkan kaki anak pertama menendang anak kedua ketika sedang tidur di atas katilnya.
Kedua-dua anaknya dipercayai sedang tidur di atas katilnya.
Menurut Elfira, dia sudah cuba untuk letakkan anak sulungnya Noah di dalam biliknya untuk tidur sendiri namun tidak pernah berjaya.
“Kita dah cuba letak Abang dalam biliknya untuk tidur sendiri tapi dia lagi bijak dari kami.
“Selalunya bila nak tinggal , time tulah dia tengah sakit.
Mungkin Ayah and Mommy kena istiqamah duduk rumah selalu and tidurkan dia dalam bilik without fail lepasni,” kongsinya.
Imbas kembali, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf , 3, dan Nur Aria Mikayla yang berusia tujuh bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024