,
Laman Utama

Belum Seminggu Nikah, Lesty Kejora & Rizky Billar Sudah Pilih Nama Anak

Maliah Surip
23/08/2021
14:50 MYT
Pasangan pengantin muda Rizky Billar dan Lesti Kejora baru selamat menikah pada 19 Ogos lalu.
Belum pun seminggu hidup sebagai pasangan suami isteri, mereka mengaku sudah mempunyai nama pilihan untuk anak perempuan jika Lesti hamil nanti.
Menurut Rizky, dia dan penyanyi dangdut berusia 22 tahun tersebut sepakat memberi nama anak perempuan mereka kelak dengan nama Kejora.
"Insyaallah kalau kami diberikan puteri nanti suatu saat Insyallah akan kami berikan nama Kejora," kata Rizky Billar di acara Takdir Cinta Leslar seperti dilaporkan Kompas.
Alasan di sebalik pemilihan nama Kejora itu kerana ia disukai oleh isterinya, Lesti.
"Dede (Lesti) cerita ke saya, nama kejora ini nama yang dia sukai, jadi nama yang melekat dalam dirinya," kata Rizky.
Untuk rekod, Kejora adalah nama pentas yang dipakai penyanyi dengan nama sebenar Lestiani ini. Ia diambil bersempena hit pertama bekas peserta Dangdut Academy yang berjudul Kejora.
Sementara itu Lesti sendiri mengatakan bahawa Kejora adalah lagu ciptaan Nur Bayan yang diberikan padanya yang membawa makna besar dalam karier seninya.
"Lagu itu diciptakan oleh om Nur Bayan, om Nur Bayan terima kasih banyak kerana sudah memberikan lagu itu untuk Dede," kata Lesti.
Bagi dirinya dan Rizky, Kejora memiliki erti menyinari banyak orang, layaknya bintang kejora.
Pelakon berusia 26 tahun itu sempat mencoretkan kata kata indah buat wanita pujaan hatinya selepas mereka selamat disatukan.
"Kejoraku yang kini menjadi istriku, Sekian lama aku telah mendayuh… Lelah,gundah,gemuruh.
"Namun pada akhirnya inshaallah hatimulah yang jadi pelabuhan terakhir bagiku,dan tempat untuk-ku berteduh," tulisnya di akaun Instagram yang memiliki 11.3 juta pengikut.
Terdahulu, Lesti menerima mas kahwin yang cukup lumayan iaitu sekitar RM300,000 atau USD 72.300 mengambil simbolik tarikh pertemuan mereka.
Instagram: @rizkybillar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

gempak
20/09/2024
12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.