,
Berita

Belum ada tangkapan lain selepas ibu bapa Zayn Rayyan direman - KPN

Gempak
02/06/2024
08:52 MYT
Polis mengesahkan belum ada tangkapan lain dilakukan susulan penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan ke atas kedua-dua suspek yang ditahan itu sedang dijalankan polis Selangor.
"Kita sudah reman tujuh hari dan bagi kepada polis Selangor untuk menyiasat. Buat masa ini belum ada tangkapan lain," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 Sempena Hari Polis Ke-217 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, di sini pada Ahad.
Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan di sekitar kawasan Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi Jumaat sebelum direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Sabtu.
Majistret, Majistret Ainaa Muhammad Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai sekitar jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Sumber: Sinar Harian

Berita Trending: Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau…

Berita Trending: “Pasal Putus Hubungan Disebabkan Ibu Dia Juga” - Ex Influencer…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

gempak
17/09/2024
18:50 MYT
Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.