,
Hiburan

“Bella Pandai Sembunyikan Masalah, Nampak Dia Gembira Tapi Makin Kurus" - Puteri Sarah

Mya Amri
14/03/2024
21:55 MYT
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menasihatkan rakan baiknya, Bella Astillah untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap anak-anak meskipun sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga bersama suaminya, Aliff Aziz.
Menurut Puteri Sarah, pada ketika ini Bella tidak seharusnya membuang tenaga dengan memikirkan isu yang akhirnya membawa kemudaratan kepada dirinya.
“Kita ada anak anak dan fokuskan energi pada anak, jangan fikir benda lain sebab akan menjatuhkan kita. Bila ada anak anak, kita ada segala galanya itu prioriti utama kita.
“Bella adalah seorang yang menyembunyikan masalahnya. Saya memang tak tahu, malah ketika bertemu di Singapura dan Brunei pun nampak dia gembira
“Cuma dia kelihatan sedikit kurus dan menyorokkan kesedihan namun sebagai kawan kita tahu dia ada sembunyikan sesuatu,” katanya ketika ditemui Gempak.
Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan, Mask Team pada Khamis.
Sementara itu, ibu kepada dua orang anak itu memberitahu, dia akan sentiasa menyokong dan ada untuk sahabat lamanya itu.
“Dia seorang yang happy go lucky cuma dia ada cakap perlukan semangat daripada saya.
“Saya tak tahu apa yang berlaku, saya cuma tahu dia ada masalah dan sentiasa memberikan sokongan serta beri semangat padanya.
“Kita pun tak nak tanya apa apa sebab dia selalu tersenyum sahaja, terpulang pada dia nak cerita atau tidak,” ujarnya.
Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan Bella kerap menangis dan mengadu masalah dengannya sehingga dia terkesan dengan isu sensasi tersebut.
Puteri Sarah menerusi Instagram memaklumkan mengetahui kronologi kemelut rumah tangga antara Bella dan suaminya.

BERITA TRENDING: Selepas Isu Ditangkap Khalwat, Akhirnya Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Terhadap Aliff Aziz

Terdahulu, pada 11 Mac lalu, Bella memfailkan permohonan perceraian terhadap suami, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Tuntutan tersebut dipercayai berpunca daripada dakwaan suaminya ditangkap khalwat dengan aktres, Ruhainies di sebuah kondominium.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Stacy Tak Akan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah - “Kami Sama-Sama Orang Kampung, Tak Berbaloi Bergaduh”

gempak
17/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi Stacy memaklumkan dia tidak akan bermasam muka dengan Bella Astillah biarpun berdepan kontroversi konsert A Night With A Sumandak Stars.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Berada Di Pentas Komedi Pencapaian Besar Untuk Puteri Sarah Liyana - “Saya Belajar Untuk Buat Lawak Secara…”

gempak
10/11/2024
09:55 MYT
Tersingkir di minggu suku akhir pada Ahad lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanapun berkata dia banyak belajar sepanjang berada di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Tersingkir Minggu Ketujuh, Kumpulan Gebu Tetap Syukur Sampai Ke Suku Akhir - “Kami Jangka…”

gempak
07/11/2024
04:55 MYT
Kumpulan Gebu tidak menyangka mereka akan bertahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sehingga minggu suku akhir pada Ahad lalu.
Terkini

Puteri Sarah Anggap Perceraian Bukan Satu Trend’ - “Siapa Yang Mahu Berakhir Dengan Kekecewaan…”

gempak
07/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyelar tindakan segelintir pihak yang menganggap perceraian selebriti seperti mengikut ‘trend’.
Hiburan

Mahu Beri Ruang, Puteri Sarah Akui Terkejut Bila Tahu Diana Danielle Nak Cerai - “Kalau Dia Sendiri Nak Hubungi Saya & Bercerita…”

gempak
04/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu dia tidak tahu mengenai keputusan aktres Diana Danielle mahu bercerai biarpun sehari sebelum pengumuman itu mereka ada bekerjasama pada minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4.
Unitar