,
Laman Utama

Bella Dowanna Dedah Pernah Kena Body Shaming

Izwan Isa
09/01/2023
08:50 MYT
Gara-gara bentuk badannya, pelakon Bella Dowanna mengakui pernah disindir atau menerima body shaming yang berbaur seksual sewaktu sedang bekerja.
Jelas Bella, dia menerima sindiran bersifat body shaming oleh individu yang turut berada dalam industri hiburan.
“Hal tersebut didengar oleh ibu saya sendiri ketika berada di set penggambaran. Ibu saya yang sampaikan kepada saya,” katanya kepada Gempak.
Bella ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Legenda Puteri Qaseh yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Pemilik nama lengkap Qystinna Istajibilla Dowanna Halim menambah, sejak dahulu lagi dia sering terima sindiran-sindiran sedemikian, termasuk oleh rakan-rakan artis dan juga netizen.
“Memang kerap saya terima sindiran sedemikian, baik daripada netizen mahupun rakan-rakan artis.
“Mungkinlah mereka buat macam tu sebab nak bergurau, tapi ia buatkan saya sakit hati. Memang kadang-kadang saya buat tak dengar je,” katanya lagi.
Bella menjelaskan, dia sebenarnya tidaklah terlalu mengambil hati dengan sindiran yang diberikan kerana menjadikan hal negatif itu sebagai satu sebab untuk menurunkan berat badan.
“Tapi saya masih muda lagi, saya hanya nak having fun. Kuruskan badan bukan keutamaan saya. Tapi tahun ini saya berazam untuk turunkan berat sedikit. Sebab saya nak target watak heroin dalam drama.
“Mungkin sebab bentuk fizikal saya ini menyebabkan saya tidak ditawarkan watak utama dalam drama,” tutup Bella.
Saksikan Bella yang memegang watak Laila menerusi Legenda Puteri Qaseh yang disiarkan pada malam ini pukul 9 malam di Astro Ceria.
Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini.
Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment. Whatsapp "Nak ASTRO" ke 03-9543 3838.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Puteri Zarith Kurang Senang Netizen Kaitkan Kurus Sebab Penyakit - “Ibarat Mengharapkan Kita Sakit…”

gempak
13/03/2024
02:55 MYT
Puteri Zarith kena body shaming.
Laman Utama

Penat Kena Body Shaming, Oprah Winfrey Mengaku Ambil Ubat Untuk Kurus

gempak
18/12/2023
14:34 MYT
Jangan body shaming orang...
Laman Utama

[VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming

gempak
26/03/2023
08:50 MYT
Eizlan kata stop body shaming orang lain.
Laman Utama

Dari TikTok Sekarang Dah Berlakon Drama, Ini Rahsia Satthiya Kandi Kekal Yakin! - "Saya Tak Raikan Obesiti Tapi ..."

gempak
11/01/2023
15:50 MYT
Suka tengok gelagat Satthiya di TikTok
Laman Utama

Legenda Puteri Qaseh Angkat Elemen Fantasi & Magis

gempak
07/01/2023
11:50 MYT
Legenda Puteri Qaseh tampil jalan cerita berbeza