HIBURAN
Bella Dally & Suami Tunai Haji Tahun Ini, Mohon Doa Dipermudahkan - “Kami Sangat Tersentuh”
Pelakon, Bella Dally memaklumkan bahawa dia bakal menunaikan ibadah haji bersama suami tercinta tahun ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella dan suami meluahkan rasa tersentuh dan bersyukur atas doa dan pemberian ikhlas daripada semua ketika mengadakan majlis kenduri doa selamat yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah.
“Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis doa selamat kami sebelum berangkat menunaikan haji.
“Kami sangat tersentuh dengan doa yang baik dan pemberian ikhlas daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa syukur dan kebahagiaan,” tulisnya.
Dalam masa sama, Bella turut memohon semua mendoakan dia dan suami dipermudahkan uruan sepanjang menjalani ibadah tersebut.
“Saya dan suami dengan rendah hati ingin memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap yang pernah kami lakukan, sama ada disedari ataupun tidak.
“Doakan agar urusan kami dipermudahkan dan ibadah ini diterima oleh-Nya,” tutupnya.
Untuk info, Bella sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Radzali pada 31 Mac 2019.
Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.
Must-Watch Video