HIBURAN
Bella Astillah, Syed Saddiq Respons Dakwaan Sudah Bertunang
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil memberikan respon berhubung dakwaan dirinya telah melangsungkan pertunangan dalam diam dengan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Syed Abd Rahman.
Jelas Bella, dia kini mahu memberikan lebih fokus terhadap kedua-dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
“Astaghfirullahalazim, sekarang ni fokus Bella untuk anak-anak saja. Nanti Bella bagitahu,” ulas Bella ringkas.
Sementara itu, ulas Syed Saddiq pula dia hanya memohon doa terbaik daripada peminat dan orang ramai.
“Apa yang dikatakan Bella, saya kekalkan jawapan tersebut. Kalau bab masa depan dan kisah peribadi lebih baik kita kekalkan dalam skop keluarga supaya kami berdua dapat fokus pada kerjaya masing-masing.
“Private is private, public is public. Kita pun ada tanggungjawab masing-masing, tanggungjawab hakiki. Kita kekalkan,” jelasnya.
Bella dan Syed Saddiq ditemui pada majlis Roadtour Skor A+ SPM 2025 di Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Terdahulu, timbul dakwaan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Must-Watch Video