,
Berita

Bel, JD Penyampai Radio Baru Segmen Lite Breakfast Di Lite

ZULHILMI JALIL
20/01/2020
08:05 MYT
Stesen radio Lite mengumumkan penyampai baru mereka, Bel dan JD yang akan mengendalikan segmen pagi, Lite Breakfast bermula hari ini.
Bel dan JD digandingkan bersama bagi menggantikan penyampai terdahulu, Shaz yang mengendalikan segmen tersebut setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
Dengan pengumuman baru itu juga, Lite menampilkan enam segmen baru yang akan memecahkan hari pagi anda dengan pelbagai topik termasuklah, sukan, bahasa, cerita selebriti, tips ibu bapa, kesihatan dan lain-lain lagi.
Enam segmen tersebut ialah Eye On The Ball, #NeverTooOld, Growing Pains, Mind Your English, Stargazing dan Eye On The Ball-Games Ahead.
Begitupun, lima segmen popular sedia ada, Breakfast Champion, The Right Perspective, Mind Matters, Healthwise dan Front Page akan terus dikekalkan untuk disajikan buat para pendengar.
Sebelum ini, Bel atau nama sebenarnya Belinda Chee merupakan pengacara bagi beberapa buah program televisyen.
Manakala, JD atau nama sebenarnya, Jason Desmond merupakan seorang yang cukup berpengalaman dalam dunia penyiaran sejak lebih sedekad lalu.
Lite boleh didengari secara terus dengan memuat turun aplikasi Syok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Astro Radio Umum Perubahan 3 Rancangan Radio Inggeris, Perkenal Penyampai Baharu Meriahkan Segmen Pagi

gempak
05/08/2024
13:55 MYT
Astro Radio mengumumkan perubahan pada rancangan pagi di saluran Hitz, Lite, dan Mix, yang bakal membawa penyampai baharu dengan kandungan menarik kepada pendengar pagi. Barisan baharu ini menjanjikan gabungan personaliti yang hebat untuk pengalaman radio yang cukup memukau.
Berita

"Luka Pembedahan Alami Jangkitan, Saya Hampir Hilang Nyawa…." - Penyampai Radio Lite, Shaz Kongsi Kisah Hidap Kanser Payudara

gempak
04/11/2019
06:25 MYT