,
Laman Utama

Bekas Vokalis ST12 Charly Bengang Nama Asalnya Diubah, Netizen Kutuk Poyo: "Aku Bersumpah..."

Maliah Surip
28/02/2021
02:50 MYT
Bekas vokalis ST12, yang terkenal dengan nama komersialnya, Charly baru baru melahirkan rasa kesal apabila nama asalnya diubah seseorang dalam laman web Wikipedia.
Nama asli penyanyi yang juga merupakan seorang komposer dari Bandung, Indonesia ini adalah Muhammad Charly Van Vouten.
Namun, dia baru menyedari kalau ada orang yang telah mengubah nama asalnya, Muhammad Charly Van Houten kepada Muhammad Casmali Parli dalam laman web tersebut sejak tahun 2017.
Hal itu membuat ramai yang keliru dengan kesahihan sebenarnya sehingga menerima ejekan daripada segelintir warganet.
Charly menegaskan, Muhammad Casmali Parli bukanlah namanya. Dia juga berkeras memberitahu nama asal yang diberikan kedua ibu dan bapanya adalah Muhammad Charly Van Vouten.
"Nama aku memang Muhammad Charly Van Houten, bukan Muhammad Casmaniparly. Tapi dalam kebanyakan laman web dan artikel terkini, banyak yang menuliskan nama asal aku adalah Muhammad Casmali Parli," ungkapnya kesal seperti dilaporkan Detikcom.
Menurut Charly, kerana kesilapan itu, dia sering diejek kerana sengaja menukarkan nama asalnya kedengaran lebih hebat berbanding yang kononnya telah diberikan ibu bapa.
Dia mengaku sampai dibuli warganet yang mengutuknya dengan mengatakan dirinya sebagai poyo.
"Ingat! Jangan sesuka hati merubah data peribadi seseorang. Nama bagi aku adalah doa dan harapan yang diberikan kedua orang tua kita dengan penuh kasih sayang.
"Untuk pertama kalinya aku berani bersumpah demi Tuhan yang maha agung, kedua orang tua, Isteriku dan anak anakku Bahwa Nama Aku Dari Lahir sampai Sebesar ini Adalah MOHAMAD CHARLI PANHOTEN Bukan Casmali Parli. Dan nama panggilan sewaktu kecil di Kampung Itu LiLi," tulis Charly dalam Instagramnya.
Selepas menyuarakan rasa kesalnya, kini laman web tersebut kembali menukar nama Muhammad Casmali Parli kepada Muhammad Charly Van Vouten.
Wikipedia kemudian mencatatkan, kejadian berubahnya nama asal vokalis Setia Band itu sebagai vandalisme.
Instagram: @charly_setiaku
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul

gempak
23/11/2024
09:55 MYT
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Sky Iskandar berharap mereka yang menjadi mangsa buli jangan takut untuk berkongsi kejadian yang menimpa mereka.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Duit Nak, Fame Nak, Belajar Tak Nak” - Fatin Afeefa Malu Dengar ‘Interview’ Pelakon Mengadu Isu Buli Di Set Penggambaran

gempak
21/11/2024
00:55 MYT
Bukan sahaja pelakon Datin Intan Najuwa, tapi aktres Fatin Afeefa turut menyuarakan pendapatnya mengenai kenyataan seorang pelakon baharu yang mendedahkan gejala buli di set penggambaran.
Unitar