,
Hiburan

Bekas Suami Tak Terkesan Dengan Lagu Baru Miley Cyrus

Asraf Aided
19/08/2020
05:35 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Miley Cyrus tampil dengan single terbaru berjudul Midnight Sky.
Menariknya, single tersebut dikatakan memberi bayangan tentang bekas suaminya, aktor Liam Hemsworth.
Memetik laporan Hollywood Life, Liam bagaimanapun tidak merasakan lagu itu memberi sebarang kesan terhadap dirinya, dia juga sudah faham dengan 'permainan' Miley.
"Lagu baru Miley itu tidak memberi sebarang kesan buat Liam, malah dia yakin lagu itu mampu menjadi popular seperti lagu-lagu Miley yang terdahulu.
"Liam sudah faham dengan cara bekas isterinya itu menghasilkan lagu, dia faham dengan permainan Miley," kata sumber.
Tambah sumber, Liam dan Miley tidak kelihatan seperti ingin kembali menjalinkan hubungan kerana Liam sendiri tidak merancang untuk berhubung dengan bekas isterinya itu.
"Liam sudah meneruskan kehidupan seperti biasa dan tidak merancang untuk berhubung dengan Miley, namun dia mengharapkan yang terbaik untuk Miley," katanya lagi.
Terdahulu, Liam dan Miley berkahwin pada Disember 2018 dan berpisah pada Ogos tahun berikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Flowers Buat Miley Cyrus Menang Record of The Year Lepas 22 Tahun

gempak
05/02/2024
13:55 MYT
Ia merupakan kemenangan pertama Cyrus selepas 22 tahun sebagai anak seni
Laman Utama

Pesawat Miley Cyrus Lakukan Pendaratan Kecemasan Selepas Disambar Petir

gempak
24/03/2022
05:22 MYT
Penyanyi Miley Cyrus berhadapan dengan detik cemas apabila pesawat yang dinaikinya  mengalami kerosakan selepas disambar petir.
Hollywood

Bukan Miley Cyrus Je, 8 Artis Ini Pun Percaya Alien Betul-Betul Wujud!

gempak
30/10/2020
08:45 MYT
Ada yang pernah jumpa UFO dan nampak alien juga!
Nusantara

Gara-Gara Vegan Diet, Liam Hemsworth Jalani Operasi Pengangkatan Batu Ginjal

gempak
14/04/2020
06:15 MYT
Hiburan

Miley Cyrus Batal Konsert Amal Gara-Gara COVID-19

gempak
10/03/2020
10:14 MYT