gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” - Nina Ismail Sabri
HIBURAN
“Kalau Suka, Okay Kahwin La…” - Hisyam Hamid Tak Gemar Buang Masa Dengan Bercinta Lama-Lama
HIBURAN
“Tahniah Datuk Hafez & Datin Nelydia” - Perkongsian Jurusolek Di IG Raih Perhatian Netizen
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Bekas Ratu Cantik Sabah Didakwa Rampas Suami Orang, Hamil Sebelum Sah Cerai – “Kalau Sebut Nama, Ramai Tahu Siapa!”

Umirah Halim
Umirah Halim
26/07/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Bekas Ratu Cantik Sabah Didakwa Rampas Suami Orang, Hamil Sebelum Sah Cerai – “Kalau Sebut Nama, Ramai Tahu Siapa!”
Seorang wanita yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik popular di Sabah didakwa menjalin hubungan terlarang dengan suami orang hingga memusnahkan rumah tangga individu lain.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Christliana Sali yang mendakwa ia melibatkan sahabat karibnya sendiri yang berdepan penderitaan selepas dicurangi suami ketika masih dalam tempoh berpantang.
“Isteri masih berpantang tapi suami sudah curang. Ya, ini kisah nyata… bukan kisah saya, tapi kisah orang yang paling dekat dengan saya. Sepanjang fasa dia melalui semua itu, sayalah orang yang sentiasa bersama dengannya,” katanya.
Christliana mendakwa, pada awalnya suami teman rapatnya itu masih pulang setiap hujung minggu, namun selepas isteri bersalin, lelaki itu semakin jarang balik ke rumah.
“Masuk dua bulan si suami tidak balik, si isteri pun bertanya melalui WhatsApp, ‘kenapa kau tidak pulang?’. Lama baru dijawab, ‘kau tau kan saya sibuk’,” katanya.
Namun naluri si isteri ternyata tepat apabila dia menyiasat sendiri dan mendapati suaminya berlaku curang dengan wanita lain.
Lebih mengejutkan, wanita terbabit rupa-rupanya pernah menang pertandingan kecantikan terkenal di sebuah daerah di Sabah.
“Kalau disebut di sini kamu juga pasti terkejut… tapi saya tidak ingin mention nama dia. Cuma dia memang pernah terkenal sekejap beberapa tahun yang lalu,” jelas Christliana.
Menurutnya, dia kecewa kerana wanita yang pernah bergelar ratu cantik sanggup meruntuhkan rumah tangga orang lain meskipun mempunyai penampilan yang cantik.
“Perempuan diuji ketika si suami tidak punyai apa-apa dan berjaya lalui, tetapi si suami diuji apabila sudah berjaya dan memilih untuk mencari yang lebih cantik dan muda,” katanya lagi.
Lebih memilukan, selepas lapan bulan tidak pulang ke rumah, si suami akhirnya meminta cerai.
Hanya dua bulan selepas itu, lelaki berkenaan berkahwin dengan wanita terbabit dan tiga bulan kemudian mereka dikatakan menerima cahaya mata.
“Ya, sekarang mereka sudah bercerai seperti mana yang si suami mahu. Dan dua bulan dari mereka cerai, si suami pun berkahwin dengan perempuan tersebut. Dan tiga bulan dari mereka kahwin, perempuan itu sudah bersalin. Ternyata perempuan itu mengandung sewaktu suaminya belum sah bercerai dengan teman saya,” katanya.
Christliana berkata, tujuan dia berkongsi kisah berkenaan adalah sebagai pengajaran kepada wanita lain agar tidak sesekali meruntuhkan rumah tangga orang lain walau setinggi mana status yang pernah dimiliki.
“Cantik setinggi mana pun title kau, semua itu tidak punyai nilai langsung bila kau merampas suami orang, bapa kepada anak-anak. Kau akan menjawab di akhirat nanti.
“Syukur pada Tuhan bestie saya sudah semakin move on. Sedikit masa lagi saya kehilangan bestie saya apabila dia terfikir mahu bunuh diri sebab perkara itu… syukur semua itu tidak terjadi,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement