,
Laman Utama

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia

Gempak
20/03/2023
07:50 MYT
Bekas pemain bass pertama kumpulan XPDC (Tragedy) serta Meditasi dan Garuda, Man Tobey, 58, meninggal dunia pada jam 12.04 malam tadi di Hospital Selayang.
Perkara ini dimaklumkan oleh anaknya, Nur Anis Sofea kepada Harian Metro dan rakan-rakan penggiat seni.
Anis berkata, ayahnya dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir malam tadi.
Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.
Dalam kejadian di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10 pagi itu, Man Tobey sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang.
Dia mengalami kecederaan tulang belakang, leher dan tangan kirinya patah. Tulang belakangnya menutup saluran pernafasan sehingga terpaksa menggunakan mesin bantuan.
Doktor juga melakukan pembedahan membuang tiga batang tulang belakang kerana ingin memberi ruang pada saluran pernafasannya.
Kejadian berlaku semasa Allahyarham pulang dari Pasar Selayang untuk berniaga di kedai runcit di kawasan kediamannya dekat Rawang.
Dia akan mengambil barang berniaga di Pasar Selayang dan selalunya sampai di kedai jam 9 pagi.
Namun pada hari kejadian dia masih belum pulang walaupun sudah jam 10 pagi. Anis kemudian menerima panggilan dari seorang rakan memberitahu ayahnya kemalangan di lokasi itu membabitkan sebuah treler.
Man Tobey juga menjalani pembedahan kedua iaitu menebuk leher untuk pasang alat pernafasan dan tidak mampu bercakap lagi selepas itu.
Selain berniaga, Allahyarham juga menjadi bilal di surau tempat tinggalnya di Apartment Taman Setia Rawang.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Garing, Rawang pagi ini.
Allahyarham meninggalkan balu, Zamidah Ishak, 62, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 25, dan Nur Anis Sofea, 23.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.