,
Gaya Hidup

Bekas Model Versace Minum Air Kencing Sendiri Setiap Pagi Untuk Awet Muda - "Saya Juga Sapu Di Kulit Supaya ..."

Amri Hassan
23/12/2021
14:47 MYT
Memiliki tubuh badan yang tegap menjadi keinginan setiap lelaki. Sama seperti bekas model, Troy Casey, 55, yang punyai rutin unik untuk mengekalkan bentuk fizikalnya.
BACA: Akshay Kumar Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Tujuan ...
Kata Casey, dia mengamalkan meminum air kencingnya sendiri dan turut melumurkan pada kulitnya sejak 17 tahun lalu.
"Terapi urin merupakan amalan sejak berkurun dahulu, cuma ia jarang diperkatakan khalayak. Urin kita kaya dengan asid amino, sel stem dan antibodi.
"Saya minum air kencing saya sendiri setiap pagi. Saya namakannya 'hair of the dog'! Perasaannya luar biasa.
"Menyapu urin yang diperam juga merupakan awet muda dan itulah caranya saya mendapatkan perut yang kempis.
"Saya sudah berumur 55 tahun dan orang tidak menyangka usia saya sebegitu. Tidak dapat dinafikan ramai yang kata saya nampak tegap.
"Orang ramai seharusnya risau dengan apa yang mereka makan dan pengambilan ubat-ubatan di pasaran. Tapi kenapa perlu takut dengan air kencing sendiri?" katanya memetik laporan Daily Mail.
Casey yang pernah menjadi model untuk beberapa jenama popular antarabangsa antaranya Versace itu pernah menerbitkan sebuah buku berjudul Ripped at 50: A Journey to Self Love yang menceritakan rahsia kekal sihat.
"Ketika saya memulakan karier peragaan pada umur 20-an, hidup saya begitu sibuk berparti; di Milan, New York dan London tanpa memikirkan diri sendiri.
"Hasilnya wajah dan badan saya akan 'mengembang'. Jadi, ejen saya tidak akan menyarankan untuk saya menghadiri penggambaran bersama Vogue atau Armani pada hari berikutnya.
"Ia mula menjejaskan kehidupan saya dan saya mula membaca tentang nutrisi dan amalan ubatan herba, berpuasa dan pemakanan 'real food'," katanya yang memulakan terapi urin yang dikenali sebagai Shivambu dalam perubatan Ayurveda pada 2004.
Kali pertama Casey meminum air kencing sendiri ketika sedang memandu dari San Francisco ke Los Angeles.
"Perjalanan itu mengambil masa 5 jam tapi saya tidak berhenti dan kencing saja dalam cawan kemudian meminumnya. Ia tidaklah seteruk seperti minda kita fikirkan," tambahnya.
Sumber: Daily Mail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.