Hiburan
Bekas Maknyah Akui Terkesan Dengan Penceritaan Lagu Bekas Kekasih Tomok!
Penyanyi popular, Tomok berkongsi gambar paparan skrin dari komen seorang peminat yang mengatakan muzik video single terbarunya iatu Bekas Kekasih benar-benar menyentuh perasaannya.
Perkara itu dikongsi Tomok menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut individu tersebut, kisah penceritaan dalam lagu itu hampir menyamai kisah hidupnya yang pernah menjadi seorang maknyah (pondan) tiga tahun yang lalu.
"Apa yang disampaikan oleh Tomok ini betul-betul membuat saya terkesan.
"Saya jadi maknyah tiga tahun lalu, saya tak tau kenapa terlalu bodoh memilih jalan songsang itu, lagu ini hampir sama dengan kisah silam saya.
"Alhamdulillah saya dah tak buat lagi perkara terkutuk itu," tulisnya.
Dalam pada itu, Tomok turut menulis kapsyen ringkas.
"Jika benar apa yang dikata, alhamdulillah," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Tomok turut memuji muzik video lagu tersebut dan mengatakan ia mempunyai mesej berunsur dakwah secara halus.
Must-Watch Video