Berita
Bekas Kekasih Hadiahkan Sikat Rambut, Ana Raffali Masih Guna Sampai Sekarang?
Penyanyi Ana Raffali mendedahkan dia masih menggunakan hadiah pemberian daripada bekas teman lelakinya iaitu sikat rambut yang masih digunakan hingga sekarang.
Bagi mengelakkan kekeliruan kata Ana, teman lelaki yang dimaksudkannya itu ialah suaminya sendiri Ahmad Aznaim Abdullah.
"Satu-satunya benda yang dihadiahkan oleh bekas teman lelaki saya dan masih diguna pakai sampai sekarang ialah sikat rambut yang dibeli dari Watson ketika kami masih berkawan. Suami saya pun tahu mengenainya...
"Itu kisah lama dahulu sebelum saya dan dia berkahwin," tulis pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku itu menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.
Walau ada yang hampir tersalah faham, cara romantik pasangan menghargai pemberian masing-masing dipuji pengikut media sosialnya.
Untuk rekod Ana mula berhijab pada 2011 selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-25.
Ana, 33, dan Naim, 38, pula telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2012 selepas enam tahun berkenalan.
Must-Watch Video