,
Laman Utama

Bekas Kekasih Dakwa Curang, Syazuwan Hassan; "Makilah Banyak Mana Pun, Tapi Jangan Melampau!"

Amri Hassan
19/05/2021
03:50 MYT
Pelakon Syazuwan Hassan enggan memperbesarkan dakwaan curang seperti yang ditulis seorang wanita yang mendakwa bekas kekasihnya sebelum ini.
BACA: Hubungan 11 Tahun Putus, Bekas Teman Wanita Dakwa Syazuwan Hassan Curang Dengan Wafariena?
Jelas Syazuwan, 31, dia punyai jawapan tersendiri namun enggan menjelaskan lebih terperinci kerana menganggap ia hal peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.
"Saya tahu sebab musababnya. Tetapi saya tak perlu mendedahkan atau membongkarkan kisah itu. Saya tak perlu menjelaskannya.
"Ini cara saya untuk menguruskan hal peribadi saya dan rasanya orang luar tak perlu tahu.
"Saya juga tidak perlukan simpati jadi, saya tak perlu mempertahankan apa-apa," tulisnya di Instagram Stories pada Selasa.
Respon Syazuwan itu diberikan sejurus selepas media melaporkan kisah yang dibongkarkan seorang wanita bernama Adora di media sosialnya yang tular baru-baru ini.
Dalam pada itu, kata Syazuwan lagi, dia percaya keluarga dan sahabatnya mengenali dirinya dan berada bersamanya.
"Saya ada keluarga dan kawan-kawan, yang mana sentiasa berada di pihak saya. Itu saja yang saya perlukan dan saya bersyukur.
"Semuanya ada batas. Saya sudah cukup bersabar, kamu boleh memaki hamun sebanyak mana pun tetapi jangan melampaui batas," pesannya lagi.
Sebelum ini, wanita berkenaan tampil bersuara mengenai hubungan yang dibina bersama Syazuwan selama 11 tahun yang putus di tengah jalan.
Dakwanya, punca perpisahan mereka ada kaitan dengan hubungan Syazuwan dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Wafariena Roslan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.