Hiburan

Bekas Isteri Harith Iskader Menangis Luar Mahkamah

gempak
Gempak
31/01/2025
16:59 MYT
Sponsor Banner
Bekas Isteri Harith Iskader Menangis Luar Mahkamah
Bekas isteri pelawak, Harith Iskander menangis di luar Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, selepas ditanya mengenai kesan yang dihadapi ekoran kiriman ‘WhatsApp’ ugutan rogol dan bunuh anak perempuannya, minggu lalu.

BERITA TRENDING: 'Saya Guna AI Ugut, Sengaja Nak Mainkan Harith Iskander'

BERITA TRENDING: Suspek Usia 31 Tahun Ugut Bunuh Harith Iskander Ditahan

Dr Jezamine Lim, 42, pada mulanya kelihatan tenang dan tersenyum ketika disapa media.
Bagaimanapun, selepas ditanya mengenai permintaan tertuduh untuk berjumpa dan memohon maaf, ibu kepada tiga anak itu gagal untuk menyembunyikan perasaan lalu menangis di samping Harith.
Harith, 58, kemudiannya menenangkan bekas isterinya itu dan memohon semua pihak memberi ruang untuk Jezamine untuk bertenang.
“Sebagai seorang ibu, semua akan faham perasaan Dr Jezamine, kita biarkan dia tenang dahulu,” kata pemenang pertandingan ‘The Funniest Person in the World’ pada 2016 itu.
Pada Jumaat, seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengugut dan mempermainkan perasaan pelawak, Harith serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000.
Izzuddin Md Salim, 31, dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, S Mageswary.
Mahkamah memerintahkan lelaki bujang itu, dipenjara bermula tarikh tangkap 24 Januari lalu, dan sekiranya gagal membayar denda terbabit, dia dikehendaki menjalani hukuman penjara tambahan selama dua bulan.
Ditanya mengenai prosiding mahkamah, Harith berkata, mereka menghormati keputusan yang dijatuhi terhadap tertuduh.
“Tertuduh hanya memberitahu, dia mahu memohon maaf kepada majistret, jadi ia tiada kena-mengena dengan saya,” katanya, selepas ditanya mengenai hasrat tertuduh untuk bertemu dan meminta maaf kerana membuat kenyataan ugutan, minggu lalu.

BERITA TRENDING: Harith Iskander, Keluarga Terima Ugutan Bunuh, Punca Persembahan Di DFP Dibatalkan!

Sebelum ini, media melaporkan Harith terpaksa membatalkan program 'Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter' di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) susulan beliau dan ahli keluarga menerima ancaman bunuh.
Ancaman itu dipercayai selepas pelawak terbabit memuat naik hantaran di media sosial yang cuba membuat jenaka mengenai topik ham, yang kemudian mengundang kecaman netizen kerana didakwa membuka ruang mempersendakan agama.
Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seorang suspek berusia 31 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berkenaan.
Razarudin berkata, penahanan itu dibuat susulan pengurus pelawak terbabit yang juga bekas isterinya, Dr Jezamine Lim membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada jam 7.31 malam Jumaat.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024