,
Laman Utama

Bekas Isteri Cliff Umar Dakwa Dianiaya & Dicurangi Ketika Hamil - "Dia Tidak Beri Satu Sen Nafkah Kepada Anak-Anak & Abaikan Mereka..."

Amri Hassan
13/05/2021
04:25 MYT
Seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas isteri kepada juara Gegar Vaganza 2020, Cliff Umar, Ninie Hasbullah tampil mendedahkan telah dianiaya oleh bekas suaminya selepas diceraikan beberapa tahun lalu.
Jelas Ninie atau nama sebenarnya Zurini Hasbullah, dia terpaksa bekerja keras demi menanggung anak-anaknya selepas Cliff didakwa menghilangkan diri untuk bersama dengan wanita lain.
"1 Syawal menandakan hari kelahiran anak perempuan saya Mikayla Syawaluna (kini berusia 6 tahun).
"Saya masih ingat lagi setiap tahun saya mesti bekerja keras hingga ke Ramadan terakhir untuk menyara diri sendiri dan anak-anak.
"Kebanyakan waktu, dia (Cliff Umar) akan menghilangkan diri dan takut untuk menerima panggilan telefon selepas menjalinkan hubungan dengan seorang wanita," dedahnya.
Tambah Ninie, dia turut dimanipulasi untuk menggunakan nama anak-anaknya untuk mendapatkan publisiti ketika menyertai rancangan realiti Gegar Vaganza 2020.
"Sepanjang di Gegar Vaganza juga dia juga sentiasa bercerita tentang kebajikan anak-anak walhal ia hanya cerita rekaan, hakikatnya bukan begitu.
"Dia pernah meminta saya untuk menipu jika ditemubual untuk rancangan GV namun saya membantah dan menyekatnya daripada menghubungi saya. Tapi ia tidak menghalangnya untuk terus menggunakan kami lagi demi publisiti," tambahnya.
Mengimbas semula, Ninie pernah menulis posting sokongan kepada Cliff sekitar Oktober tahun lalu selepas penyanyi itu diumumkan tersenarai antara bintang GV2020.
Tegas Ninie, tindakannya untuk bersuara demi menyedarkan bekas suaminya itu tentang kebajikan dan tanggungjawab terhadap anak-anaknya sendiri.
"Apa yang saya cuba lakukan sekarang adalah menyedarkan dia bahawa saya sudah banyak bertolak ansur dan memberikan masa untuk dia bertaubat.
"Dia tak pernah menghubungi anak-anaknya untuk mengucapkan hari jadi dan tak pernah ingat pun hari jadi anak-anak.
"Saya mahu mempertahankan hak saya dan anak-anak.
"Esok (hari ini) sudah hari raya dan dia tak beri satu sen pun kepada anak-anak. Dia semakin selesa untuk melakukan semua ini kerana tiada sesiapa pun mahu berkongsi kisah saya. Jadi, saya harap suara saya dan anak-anak didengar," kata Ninie.
Malah, Ninie juga nekad bertindak untuk mendapatkan hak penjagaan anak secara mutlak dan nafkah dari bekas suaminya itu.
"Malang sekali jika hal ini merosakkan reputasinya. Saya sudah cuba berbincang dengannya secara baik tetapi tidak diendahkan. Saya tak kisah pun kalau ada yang nak maklumkan kepadanya.
"Saya akan mendapatkan edah, hak penjagaan anak, nafkah dan ganti rugi atas semua perkara buruk yang telah dia lakukan. Kamu lupa saya pun boleh menjejak kamu menjalinkan hubungan sulit ketika saya mengandungkan Luna.
"Tiada seorang pun daripada kawan-kawan kamu yang memaklumkan saya kerana mereka mahu melindungi kamu tetapi Allah membuka pintu hati saya untuk menemui gambar wanita tersebut di Facebook kamu.
"Saya tak kenal pun dia tetapi cara kamu yang tiba-tiba marahkan saya membuka cerita sebenar hingga saya tahu siapa dia.
"Mungkin sekarang kamu di ruang yang selesa. Tetapi kesabaran saya sudah sampai hadnya. Saya akan terus berjuang untuk hak anak-anak saya," tegasnya.
Pendedahan Ninie itu dibuat di laman sosial Facebooknya pada petang Rabu.
Untuk rekod, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph Abdullah, 38, menafikan dirinya beristeri dua.
Sebaliknya, Cliff memberitahu media dia mempunyai seorang isteri namun masih berhubungan baik dengan bekas isteri yang diceraikan pada 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Cliff mengakui telah berkahwin dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identiti pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar