gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
BERITA
Limau Mandarin, Kurma Turut Dikecualikan SST Mulai 1 Julai
HIBURAN
“Boleh Je WhatsApp” – Fattah Amin Dah Ada Tarikh Nak Bawa Fatima Ke Disneyland
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Boleh Je WhatsApp” – Fattah Amin Dah Ada Tarikh Nak Bawa Fatima Ke Disneyland

Umirah Halim
Umirah Halim
28/06/2025
10:37 MYT
Sponsor Banner
“Boleh Je WhatsApp” – Fattah Amin Dah Ada Tarikh Nak Bawa Fatima Ke Disneyland
Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mengesahkan sudah mempunyai perancangan untuk membawa satu-satunya anak, Nur Fatima Aisya, 5, ke taman tema popular dunia, Disneyland Tokyo, seperti yang diminta oleh anaknya itu dalam satu video yang tular baru-baru ini.

Ada perancangan

Menurut Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, perancangan tersebut sebenarnya sudah lama difikirkan namun terpaksa ditangguhkan kerana komitmen Fatima terhadap sesi persekolahan.

“Memang ada perancangan, saya dah beritahu semua media juga. Saya dah ada rancangan sebelum ini, cuma Fatima terikat dengan jadual sekolah.

“Cuma itulah, boleh sahaja mesej itu disampaikan melalui WhatsApp,” ujarnya.
Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan dirinya sebagai duta bagi jenama air mineral NEX yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada petang Sabtu.

Dah ada tarikh ke Disneyland

Tambah Fattah, percutian ke Disneyland itu bukan sahaja akan melibatkan dirinya dan anak tersayang, malah seluruh ahli keluarganya.

“Insya-Allah dalam masa terdekat dah ada tarikh. Saya akan pergi dengan keluarga, ibu ayah saya, adik-beradik saya. Insya-Allah kalau semua betul-betul free,” jelasnya.

Terdahulu, gelagat comel Fatima mencuri perhatian warga maya apabila video pendek memperlihatkan kanak-kanak itu dengan bersungguh-sungguh meminta agar bapanya membawa dia ke Disneyland Tokyo tular di media sosial.
Lebih mencuit hati, Fatima turut meluahkan rasa sayangnya terhadap Fattah, membuatkan ramai warganet tersentuh dengan hubungan rapat antara bapa dan anak itu.
Tidak lama kemudian, Fattah turut membalas video tersebut di Insta Story miliknya.
“Hai baby. Fatima ke yang ‘post’ ni? Hehe. Kenapa daddy video call tak angkat?,” tulisnya.
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Disneyland
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement