VIRAL
Bekas Bintang Po*no Jepun, Kae Asakura Teruja Solat Terawih Di Masjid Sendayan
Selepas memeluk agama Islam, bekas bintang porno dan pempengaruh media sosial dari Jepun, Kae Asakura kini menikmati pengalaman pertama menyambut bulan Ramadan.
BERITA TRENDING: Tutup Aurat & Sambut Ramadan, Bintang Po*no Jepun, Kae Asakura Peluk Islam
Apa yang menarik, Asakura yang juga popular dikenali sebagai Rae Lil Black kini sedang menikmati Ramadan pertamanya di Malaysia.Asakura malah dengan teruja berkongsi kunjungan ke Malaysia untuk merasai pengalaman berpuasa di negara ini.
Selain aktiviti bersahur dan berbuka yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya, Asakura juga berkongsi tentang kunjungannya beribadat di salah sebuah masjid terkenal Malaysia, Masjid Sri Sendayan.
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram, wanita berusia 29 tahun tersebut dilihat teruja kerana dapat menunaikan solat fardu dan solat terawih di masjid yang didirikan pada tahun 2019 lalu.
“Asar, Maghrib, Isyak, Terawih, Witir. Done di masjid luar biasa cantik ini,” tulis Asakura pada foto dengan latar belakang Masjid Sendayan di Insta Story miliknya.
Menerusi perkongsiannya juga, Asakura diketahui sudah dua hari berada di Malaysia.
Ini juga bukan kunjungan pertama Asakura ke tanah air. Dia pernah datang melawat Malaysia pada Oktober 2024 dengan berpakaian sopan dan menutup aurat.
Terdahulu Asakura menyapa lebih 2.1 juta pengikutnya di Instagram dengan memberitahu dirinya bersyukur kerana diberi kesempatan menyambut Ramadan buat pertama kali.
Meski tidak pernah bercakap secara langsung mengenai dirinya yang sudah memeluk Islam, tindakan bekas pelakon porno itu menutup aurat dan merubah cara hidup membuat peminat percaya dirinya telah bergelar mualaf.
Must-Watch Video