,
Laman Utama

Bekalan Air Bersih Tiada, Penduduk Guna Air Banjir Untuk Keperluan Harian

Awani
25/12/2022
23:57 MYT
Isu bekalan air bersih di Kelantan terus membelenggu masyarakat di negeri itu terutama ketika musim banjir kali ini.
Nasib penduduk di Kampung Kolam, Gelang Mas, Pasir Mas diibaratkan seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, apabila menyaksikan rumah dan harta benda rosak, ditambah pula dengan ketiadaan bekalan air bersih pada fasa pascabanjir ini.
Mereka terpaksa menggunakan menggunakan air banjir yang kotor untuk aktiviti seharian termasuk mencuci kotoran akibat banjir.
Bagi seorang penduduk, Siti Aminah Teh, mereka tiada pilihan selain menggunakan air banjir untuk membersihkan segala kesan akibat bah.
“Macam kami ini tiada pilihan, terpaksa mandi, basuh menggunakan air banjir, tapi minum tu kita beli air bersihlah, air mineral. Nak buat macam mana, air pair memang tak ada. Sudah lebih dua tahun tiada bekalan air,” katanya.
Jelasnya sebelum ini terdapat bekalan air bersih melalui tangki air yang disediakan oleh pihak pengurusan air negeri sebagai alternatif isu air bersih daripada sistem perpaipan.
Mereka turut bergantung kepada air telaga, namun akibat banjir, telaga tidak dapat digunakan kerana ia ditenggelami air.
Seorang lagi penduduk lagi iaitu Nurul Farahani Mardiana, memaklumkan soal kualiti air banjir itu terpaksa diketepikan demi kelangsungan hidup.
“Air banjir ini kan kita tahu bukannya bersih sangat, tapi apa boleh buat, ini sahaja pilihan yang kami ada. Air keruh inilah kami gunakan untuk mencuci rumah, pakaian dan mandi,” katanya.
Bagi penduduk, mereka mahu dua isu utama diselesaikan segera iaitu usaha mitigasi banjir bagi mengelak lebih banyak kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa, serta sambungan bekalan air bersih seperti yang sepatutnya dinikmati semua rakyat Malaysia. - AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

gempak
02/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi Stacy berkongsi perkembangan mengenai situasi dan keadaan rumah keluarganya di Penampang yang dilanda banjir.
Viral

Monica Ting Siew Kwong Sempat Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Penampang

gempak
02/07/2024
03:17 MYT
Wanita yang menjadi korban pertama dalam bencana banjir di negeri ini disifatkan seorang yang berhati mulia kerana sempat berkhidmat kepada masyarakat yang terjejas di Penampang.
Berita

Hujan Lebat Berterusan, Banjir Kini Landa Kota Kinabalu

gempak
01/07/2024
01:55 MYT
Hujan lebat berterusan di daerah Kota Kinabalu sejak petang Ahad menyebabkan beberapa buah kawasan, kampung dan jalan-jalan utama dinaiki air.
Terkini

Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup

gempak
01/05/2024
12:25 MYT
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
Hiburan

Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang

gempak
19/04/2024
06:30 MYT
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.