,
Filem

Begini Agaknya Rasa Bila Kita Dah Tiada Nanti – Ummi Nazeera Komen Babak Kena Kafan

Mya Amri
11/09/2017
05:40 MYT
Pelakon Ummi Nazeera akui meremang bulu roma ketika melakonkan babak dikafankan dalam filem terbaharu, Bisik Pada Langit.
Ummi berkata, untuk melakonkan babak tersebut dia perlu mengawal mindanya untuk terus fokus.
“Ini merupakan antara babak yang mencabar kerana saya mempunyai klaustrofobia iaitu takut pada ruang yang sempit dan tertutup.
“Jadi saya perlu tenangkan diri supaya tidak panik dan mengawal minda untuk terus fokus sepanjang melakonkan babak berkenaan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengn lancar dan saya akui babak ini memberikan pengalaman berbeza untuk saya.
"Bagaimanapun ketika dikafankan, hati saya terdetik begini agaknya rasa kalau kita sudah tiada nanti,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Ummi memberitahu pelakon veteran, Jalil Hamid banyak membantunya dan memberikan tips supaya babak tersebut nampak ‘hidup’.
“Bukan senang untuk melakonkan watak meninggal dunia, walaupun pejam mata secara tidak langsung bebola mata pasti akan kelihatan bergerak-gerak.
“Bagaimanapun Uncle Jalil memberikan tips untuk membantu saya, katanya untuk menampakkan babak tersebut ‘real’, saya perlu menutup mata sambil menjulingkannya.
“Memang benar cara itu berkesan dan saya amat berterima kepadanya,” jelas Ummi.
Filem terbitan Astro dan Nusantara Seni Sdn Bhd bakal ditayangkan pada 21 September ini.
Selain Ummi, Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia ini juga turut dibintangi oleh pelakon hebat Jalil Hamid, Datin Fadilah Mansor, Beto Kusyairi, Na’im Daniel dan Erwin Dawson.
Sinopsis:
Mengisahkan tentang pengorbanan Rosli (Jalil Hamid) yang begitu begitu menyayangi satu-satunya anak perempuannya Siti Hajar (Ummi Nazeera)sehingga sanggup menunaikan segala kehendak bagi memastikan anaknya sentiasa gembira.
Sama seperti Rosli, abang sulungnya, Zaidi (Beto Kusyairi) dan adiknya, Ikram (Na’im Daniel) juga perlu berkorban dan mengalah demi cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan.
Bagaimanapun hati Rosli luluh sebaik sahaja mendapat tahu Hajar terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih sayu apabila Rosli hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Hajar.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.