,
Laman Utama

Bebas Kes Cederakan Pak Guard, Sharnaaz Rancang Bercuti Dengan Anak, Mahu Muhasabah Diri

Izwan Isa
17/11/2023
04:36 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesyukuran selepas Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Jumaat, melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium tahun lalu.
Sharnaaz, 38, berkata, meskipun kes ini mengambil masa yang lama, namun dia menerima perkara berkenaan dengan penuh keikhlasan.
Dia berkata, kebebasan menjadi miliknya, selepas lebih setahun dibelenggu dengan masalah terbabit.
“Alhamdulillah, berkat hari Jumaat, biarpun kes ini dianggap remeh tapi ia menyentuh reputasi dan perjalanan karier saya, yang kini memasuki belasan tahun.
“Di masa akan datang, kena fikir banyak kali, tak mahu buat perangai lagi, sebenarnya, saya dah banyak belajar, tapi itulah, masih bodoh lagi (melakukan kesilapan),” katanya.
Selepas ini, dia berkata akan bercuti dengan anaknya dan bermuhasabah diri kerana masih bersikap keanak-anakan, biarpun kian menghampiri usia 40 tahun.
Sementara itu, ketika prosiding, peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Sharnaaz berkata, pembelaan telah menerima maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung representasi untuk menggugurkan pertuduhan yang dihantar 2 Mei lalu.
Menurutnya, pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan terhadap Sharnaaz akan ditarik balik.
“Pengadu telah membuat laporan polis berhubung penarikan kes ini maka saya mohon satu keputusan lepas dan bebas diberikan kepada Sharnaaz,” katanya.
Selain Wan Azmir, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad turut diwakili peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal kemudiannya mengesahkan pihak pendakwaan mendapat arahan daripada pihak atasan, supaya Sharnaaz dilepas tanpa dibebaskan daripada kes berkenaan.
Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim kemudiannya melepas dan membebaskan Sharnaaz selaku Orang Kena Saman (OKS) daripada satu pertuduhan berkenaan.
“Mahkamah berpuas hati dengan hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, maka OKS dilepas dan dibebaskan, sementara wang jaminan dikembalikan,” kata majistret itu.
Pada 18 Januari lalu, pelakon drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu mengaku tidak bersalah atas satu dakwaan, sengaja menyebabkan kecederaan kepada Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu di sebuah kondominium, di Jalan Dutamas di sini pada jam 8.30 malam, 16 Jun 2022.
Bapa kepada seorang anak lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 2 Mei lalu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengemukakan representasi untuk menggugurkan pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni di sebuah kondominium.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
kaharkaplahighcouncil

Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”

gempak
12/06/2024
00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf akui tidak berasa cemburu apabila sahabatnya, aktor Sharnaaz Ahmad memuat naik foto bersama, Amelia Henderson beserta kapsyen pujian.
Hiburan

“12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad

gempak
17/04/2024
06:55 MYT
Sharnaaz kongsi foto jebat.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”

gempak
01/04/2024
07:25 MYT
Sharnaaz beri pandangan mengenai Aliff Syukri.