,
Laman Utama

“Be The Best” - Antara Study, Olimpik Tokyo & Pandemik, Azreen Nabila Susun Strategi Terbaik!

Hanafis Haris
15/07/2021
13:20 MYT
Selepas ditangguhkan lebih setahun akibat pandemik, penganjuran sukan terbesar, Sukan Olimpik Tokyo bakal berlangsung mulai 23 Julai ini.

Tidak mahu ketinggalan menghantar wakil, Malaysia mengesahkan seramai 30 atlet membabitkan 10 sukan bakal berangkat ke negara matahari terbit itu.

Gempak sempat menemu ramah salah seorang daripada wakil Malaysia iaitu atlet pecut muda wanita negara, Azreen Nabila Alias mengenai persediaannya menghadapi temasya berprestij dunia itu.

Berikut merupakan sebahagian coretan atlet kelahiran Terengganu ini.

Gempak: Difahamkan Azreen bakal menduduki peperiksaan akhir semester kedua hingga 21 Julai. Tempoh yang disifatkan amat kritikal, jadi bagaimana Azreen bahagikan masa? Azreen: Untuk peperiksaan, saya masih fokus walau bagaimanapun dalam latihan saya sentiasa memberikan 100% komitmen. Bagi ulang kaji pelajaran, biasanya sebelum tidur saya akan tetapkan dalam satu hingga dua jam. Bagi latihan pula, secara keseluruhan saya memperuntukan tiga hingga lima jam untuk dua sesi bergantung pada fasa latihan yang sedang saya lalui sekarang.

Gempak: Bukan mudah menjalani latihan dan pada masa sama terpaksa ulang kaji pelajaran. Tenaga fizikal dan fikiran digunakan sepenuhnya, jadi pernah Azreen mengalami burnout? Bagaimana kekalkan semangat dan sentiasa bermotivasi? Azreen: Burnout itu satu istilah kebiasaan yang semua atlet akan hadapi. Bagaimana cara untuk tanganinya bergantung pada seorang atlet.
Bagi saya, persediaan sebelum olimpik ini memang padat dan semua aspek saya kena jaga dari segi pemakanan, rehat yang betul-betul cukup (untuk recovery). Motivasi kendiri memang betul-betul kena catch up dan paling penting kerohanian, saya usaha dan berserah kepada Allah SWT.

Gempak: Siapa yang banyak bagi semangat ketika tempoh begini? Azreen: Dalam perkara ini ramai yang sentiasa memberi semangat terutama mak, keluarga, jurulatih, rakan-rakan dan jurulatih lama saya juga turut memberi dorongan dan motivasi. Gempak: Bertanding Olimpik ketika pandemik juga bukan mudah, jadi bagaimana persediaan dari segi mental? Covid pula masih belum berpenghujung. Azreen :Saya tetap nekad untuk memberi 100% komitmen. Saya perlu buktikan kepada masyarakat jika lihat atlet negara luar semua dalam keadaaan bersedia menjelang Olimpik .

Jadi saya kena adapt dengan segala latihan yang telah coach programkan. Persiapan mental memang aspek utama terutama di pentas olimpik. Insya-Allah saya tetap bersedia dari segi mental hadap sebarang kemungkinan. Be the best itu prinsip saya.

Gempak: Apakah sasaran sebenar di Olimpik dan adakah Azreen optimis untuk bersaing dengan jaguh-jaguh dunia? Apa harapan anda? Azreen : Saya akan memberi komitmen 100% untuk perbaiki catatan sebelum ini. Bersaing dengan jaguh Dunia peluang yang sangat baik dengan harapan timing saya lebih baik dari sebelumnya.

Gempak: Pesanan untuk penyokong, mungkin harapan, doa atau semangat daripada mereka? Azreen: Saya mohon semua rakyat malaysia mendoakan agar saya dapat membuat yang terbaik dengan harapan dapat membanggakan negara. Tiada seorang atlet pun jika membawa bendera Malaysia pada kejohanan besar yang tidak mahu berjaya semua mahukan kejayaan untuk negara.

Sekadar info, pelanggan Astro Sports Pack dapat menikmati liputan langsung Tokyo 2020 melalui 13 saluran yang terdiri daripada 10 saluran HD di Astro dan 3 saluran tambahan di Astro GO. Sementara satu saluran 4K HDR untuk pelanggan Ultra Box

Semua pelanggan Astro boleh mendapat liputan terbaik mengenai perkembangan wira sukan negara di Tokyo 2020 di Astro Arena HD (Ch 801).

Pelanggan NJOI yang membeli Sports Pass 2021 atau Pek HD akan mendapat akses menyaksikan Olimpik Tokyo 2020 melalui 10 saluran HD.

NJOI Pek HD juga akan membawakan Astro Arena dalam HD, sementara pelanggan NJOI sebelum 28 Apr 2021 hanya mempunyai akses Astro Arena di SD.

Gambar : Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Berita

Gunakan Kamera Tersembunyi Untuk Merakam, Lebih 1,000 Wanita Jadi Mangsa 'Skodeng' Lelaki Gatal Di Mata Air Panas

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Lelaki yang berusia 31 tahun itu dipercayai telah menggunakan kamera yang disembunyikan dalam batu tiruan yang diletakkan berhampiran dengan mata air panas  tersebut.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.