KELUANG MAN
Bawa Semangat Superhero! Ini Dia Merchandise Keluang Man Yang Best Untuk Dikumpul & Enjoi
Kemunculan filem blockbuster superhero ikonik negara, Keluang Man pada Mei ini ternyata membuatkan penonton tidak sabar.
Buktinya, walaupun dengan hanya menonton treler rasmi yang dikeluarkan sebelum ini, sudah ramai yang memberikan respon positif.
Jadi bersempena tayangan pada 29 Mei ini, terdapat pelbagai barangan eksklusif menarik Keluang Man untuk dikumpul oleh peminat dan penonton untuk membangkitkan rasa superhero dalam diri.
Paling menarik, ada diantara barangan eksklusif itu boleh dibawa dan dipakai di pawagam sebagai tanda sokongan kepada filem superhero tempatan ini yang boleh di ‘enjoi’ oleh pelbagai generasi.
#KidZania
Wonda Coffee bersama Astro Shaw memperkenalkan zon wall climbing unik Keluang Man sebagai inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk merangkul semangat adiwira dengan memupuk keberanian, keazaman, dan rasa untuk mengembara.
Ini juga merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan superhero ikonik Malaysia kepada generasi baru.
Melalui kerjasama inovatif antara Wonda Coffee dan Astro Shaw, zon wall climbing Keluang Man
menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk pengunjung, menggabungkan keterujaan
pengembaraan dengan semangat kepahlawanan yang dijelmakan oleh Keluang Man.
Ditampilkan secara eksklusif hanya di KidZania Kuala Lumpur, pengunjung berumur 8 hingga 17 tahun akan dapat menguji kemahiran superhero mereka di zon wall climbing.
Jadi bawa anak-anak anda dan tonjolkan semangat superhero dalam diri mereka. Kunjungi KidZania Kuala Lumpur untuk memulakan pengembaraan ya!
#Hoodie, t-shirt, kasut, topi & banyak lagi
Pengumpul barangan Keluang Man, mana suaranya! Ha kali ini peminat pasti rambang mata untuk memilih barangan ekskusif superhero ikonik negara ini.
Tidak hanya terhad kepada hoodie, golongan remaja dan dewasa pasti mahukan pelbagai pilihan merchandise untuk bergaya kan.
Oh! Keluang Man bersama jenama kasut ikonik tempatan sejak 1939, Fung Keong turut memperkenalkan koleksi kasut edisi khas, ‘FK Sneakers’.
Koleksi ini diinspirasikan daripada sut ikonik Keluang Man, menampilkan gabungan rekaan retro klasik. Dapatkannya di outlet terpilih Fung Keong.
Selain itu, jenama lokal terkenal Abstrax memperkenalkan jersi eksklusif Keluang Man, direka khas dengan gaya dan karakter Keluang Man.
Dihasilkan dengan penuh perincian dan kualiti premium, jersi ini boleh didapati di outlet terpilih Abstrax.
#WONDA Kopi Kluang
Bagi pencinta Keluang Man untuk golongan dewasa dan berusia, ada juga merchandise menarik dan unik untuk disimpan serta dijadikan kenangan iaitu tin minuman WONDA Kopi Kluang.
WONDA Kopi Kluang ini tampil dengan pek edisi terhad yang dihiasi dengan lima watak ikonik dari dunia Keluang Man, seperti Keluang Man, Ahmad, Shamsir, Dr. Malini dan BeBe.
Pek edisi terhad ini boleh didapati di kedai terpilih seperti 7-Eleven, myNEWS, Shell, Petronas, Family mart, ST Rosyam Mart dan Etika Kedai Rasmi.
Menerusi pek edisi terhad ini juga memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan barangan eksklusif Keluang Man seperti figura mini karakter utama, payung edisi khas, komik edisi terhad dan rantai kunci yang boleh didapati di kedai terpilih seperti:
1.7Eleven (rantai kunci) / myNEWS (komik): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM10
2.Shell (figura aksi): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM15.
3.Petronas (Payung Keluang Man): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM30. Promosi dari sekarang hingga 30 Jun.
Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.
Sementara menantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.Must-Watch Video