,
Laman Utama

“Bawa Baju Satu Beg Pegi Shooting, Tak Tahu Dapat Karakter Apa” - Jaafar Onn Tak Kisah Diberi Watak Iblis

Azwa Rahman
26/04/2021
09:50 MYT
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.
Sudah berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM3 juta dalam masa 10 hari, watak-watak di dalam filem ini tular di laman sosial antaranya Barkoba, Yah Kucai dan Abang Jay.
Bagi Jaafar Onn yang memegang watak sebagai Tyson 2 ataupun Abang Jay, dia sudah lama bekerjasama dengan Mamat Khalid dan amat menyenangi pengarah tersohor itu.
“Sebenarnya saya dah banyak kali berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid antaranya Rock Oo jadi saya ada pesan dengan dia, lain kali panggil la kalau nak berlakon. Kebetulan Mamat pun beritahu yang dia ada watak yang sesuai dengan saya dalam filem 18 Puasa dan saya pun free waktu tu, saya terus kata okay,” kata Jaafar kepada Gempak.
Jaafar ditemui ketika menjadi tetamu bagi promosi Ramadan Syawal bertempat di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam pada Ahad.
Tambah Jaafar lagi, dia tidak menyangka akan diberikan watak iblis sehinggalah tiba di tempat penggambaran.
“Penggambaran dijalankan di Kuala Kangsar selama lima hari. Saya bawak baju satu beg ye sebab masa tu tak tahu watak apa. Hari saya shooting tu, Mamat kata tak payah bawa baju, baju semua disediakan. Bila sampai di set, rupanya jadi iblis. Tapi saya tak kisah pun,” jelas Jaafar lagi.
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).
Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.
Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.
Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Haiza Hanafi Dedah Kebaikan Jaafar Onn - “Yang Dikongsi Kepada Orang Ramai, Semua Itu Sayalah Saksi”

gempak
06/04/2024
02:55 MYT
Al-fatihah untuk arwah Papa J.
Hiburan

Haiza Hanafi Dedah Kerusi Urut Permintaan Terakhir Jaafar Onn - "Tapi Tak Sesuai Untuk Arwah Sebab..."

gempak
03/04/2024
09:17 MYT
Haiza Hanafi mendedahkan kerusi urut merupakan permintaan terakhir selebriti terkenal Allahyarham Jaafar Onn
Hiburan

“Mungkin Arwah Rasa Down Selepas Rohana Jalil Meninggal Dunia” - Salwa Abdul Rahman Kongsi Momen Terakhir Dengan Jaafar Onn

gempak
03/04/2024
08:30 MYT
Penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman berkongsi momen terakhir dengan Allahyarham Jaafar Onn
Hiburan

Azizul Khamis Sebak Kongsi Kenangan Bersama Jaafar Onn - “Ada Lagi Baju-Baju Yang Diberikan Arwah, Saya Pakai”

gempak
03/04/2024
07:55 MYT
Datuk Azizul Khamis berkongsi pengalaman dan kenangan bersama Allahyarham pelakon dan pengacara terkenal Jaafar Onn.