,
Laman Utama

Bau Busuk Tandas Surau Rupanya Datang Daripada Mayat Bayi Yang Disembunyi Bawah Baldi

Izwan Isa
07/11/2023
01:55 MYT
Misteri bau busuk tandas surau di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu akhirnya terjawab apabila dua wanita menjumpai mayat bayi perempuan yang tersorok bawah baldi yang ditelangkupkan.
Difahamkan, mayat bayi malang yang dijumpai sekitar 10 pagi semalam itu disyaki telah mati lebih daripada 48 jam.

BERITA TRENDING: Influencer Bunuh Anak, Sorok Mayat Dalam Almari

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, salah seorang saksi yang merupakan wanita berusia 47 tahun mendakwa dia dan rakannya memberanikan diri memasuki tandas terbabit setelah dimaklumkan tentang bau busuk mencurigakan tersebut.
“Mereka memasuki tandas di bahagian tengah sebelum menjumpai baldi berwarna merah dalam keadaan telungkup. Alangkah terperanjat apabila terdapat satu mayat bayi apabila baldi itu diangkat,” katanya.
Abdul Rozak berkata, kedua-dua wanita tersebut kemudiannya memaklumkan penemuan mayat bayi itu kepada ahli jawatan kuasa (AJK) surau tersebut.
Tambah beliau, pemeriksaan anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati mayat bayi perempuan itu cukup sifat sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.
“Tiada uri ditemui dan tali pusatnya juga telah dipotong. Kita percaya bayi itu telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Berita

Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

gempak
20/09/2024
02:29 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.